Sunday, December 15, 2013

Monday, December 9, 2013

Jualan Buku Big Bad Wolf 2013

Jualan buku besar-besaran terbesar di dunia 'The Big Bad Wolf Book Sale' sudah kembali.



Lokasi : The Mines International Exhibition Centre.
Waktu : 6 Dis - 15 Dis 2013

Aku dan famili pernah pergi ke jualan buku yang sama pada tahun lepas. Cuma kami dapat pergi pada hari-hari akhir jualan. Jadi banyak buku yang sudah kehabisan.

Tahun ini pula kami pergi awal supaya dapat tengok banyak pilihan buku. Selepas subuh kami terus bergerak ke The Mines sebab tak nak berebut tempat parking kereta. Jam 8 pagi kami sampai dan sudah ada yang mahu balik rumah sebab mereka dah shopping lagi awal dari kami.



Almaklumlah jualan ini dibuka kepada semua selama 24 jam. Kesesakan manusia di siang hari memang menyesakkan. Kalau nak shopping dengan aman kalian bolehlah datang waktu malam.


Walaupun pada hari pertama, sudah ramai yang datang membawa troli dan beg-beg besar. Elok juga sediakan duit banyak-banyak sebab harga buku yang sangat murah akan buat kalian ter'borong' dengan banyak.


Disini juga ada disediakan kotak-kotak khas untuk kalian guna kalau tak bawa beg sendiri.



Anak lelakiku juga tak senang duduk sebab banyak pilihan untuk kategori kanak-kanak.


p/s: semua gambar diambil menggunakan smartphone Lenovo K900

Share:

Thursday, December 5, 2013

Fungsi 'Water Repellent' Untuk Cermin Depan Kereta

Bila tiba musim hujan, masalah yang paling kerap aku alami adalah apabila cermin depan kereta mula mengkaburkan pandangan sebab air hujan yang turun tidak dikeluarkan daripada pandangan dengan segera. Sebab itu juga aku terpaksa bawa secara kereta perlahan daripada biasa.

Air hujan melekat di cermin hadapan
Kalau harapkan 'wiper' kereta sahaja belum mencukupi, masalah ini tetap tidak akan selesai. Kalau memandu di pada waktu malam ketika hujan lebih menyakitkan hati sebabnya cahaya yang datang dari hadapan akan terus menyilaukan pandangan

Jalan penyelesaian yang aku ambil adalah dengan menggunakan spray 'water repellent' khas untuk cermin depan kereta. Di kedai-kedai dan pasaraya ada jual spray ini dari pelbagai jenama dan saiz. Cuma perlu pandai pilih sahaja.

Tengok gambar di bawah dan fahami kenapa 'water repellent' itu sebenarnya penting untuk cermin kereta.



Selepas di spray pada cermin dan dilap sehingga rata keseluruhan cermin, kita boleh tengok air hujan yang jatuh ke atas cermin ini akan terus menyusur keluar dari cemin disebabkan ditolak angin. Tidak perlu menggunakan 'wiper'. Cermin akan jadi lebih terang dan bersih berbanding ketika sebelum neggunakan spray ini.

Contoh bagaimana air hujan yang jatuh pada cermin tersesar keluar dari cermin, kalian bolehlah tengok video di bawah.



Kalau korang tertanya-tanya tentang berapa lama kesan spray ini boleh bertahan, ia sebenarnya berbeza mengikut produk. Sesetengah daripada spray ini boleh pergi untuk lebih daripada satu bulan, manakala yang lain hanya untuk beberapa minggu. 

Dan ya, korang masih boleh mencuci kereta dengan menggunakan apa-apa jenis cecair basuh, kemungkinan besar bahawa 'water repellent' ini tidak akan terjejas langsung.

p/s : masih tertanya-tanya maksud yang paling tepat bagi 'repellent' dalam bahasa melayu
Share:

Thursday, November 14, 2013

Umpan lolipop - pesanan khidmat masyarakat

Semasa menjadi chef Biskut Oreo
Aku tertarik dengan sebuah video khidmat masyarakat di YouTube yang di tumpukan khas untuk mak bapak yang selalu bawak anak kecik ke pasaraya. 

Mesej yang hendak disampaikan memang mudah iaitu 'Leka seketika, menyesal selamanya'. Kalau malas nak tengok pun tak apa, aku boleh bagi sinopsis.

"Seorang lelaki diberikan sejumlah lolipop untuk diberikan kepada anak-anak kecik yang dibiarkan tanpa pengawasan mak -bapak diorang. Bukan dengan tujuan yang tak baik, tapi sebagai pengajaran kepada mak bapak diorang supaya jangan leka dengan anak kecil ini."


Walaupun ada jugak orang yang suka-suka cakap lakonan dalam video ini 'fake', tapi situasi sebegini adalah hakikat yang selalu berlaku. 

Takkanlah kita nak tunggu anak dah kena culik baru nak ambil iktibar. 

Peace.
Share:

Sunday, November 10, 2013

Kotornya Kualiti Air Paip

Selepas bertahun lamanya cadang nak pasang penapis air, baru hari ini terlaksana. Maklumlah bila duh duduk rumah kerajaan ni malas nak pasang penapis air sendiri.

Itupun selepas baju putih yang aku basuh guna mesin basuh automatik bertukar warna menjadi kuning.

Sampaikan kain telekung bini pun jadi kuning, ini sudah lebih nampaknya.

Aku cari penapis air yang biasa saja, sekadar nak test penggunaan dan tengok tahap kotor air paip area Klang ni.

Penapis air yang paling murah sebagai percubaan

Selepas 30 minit akhirnya siap juga aku pasang penapis ni kat paip air rumah. Itupun selepas 2 kali pergi kedai hardware sebab silap beli saiz penyambung.

Tapi, terkejut juga bila tengok kualiti air yang dibekalkan ke rumah aku ni. Dalam tempoh 2 jam sahaja penapis dah bertukar warna macam ni:

Selepas 2 jam

Jadi, kalau kualiti air sangat mengecewakan macam ni, jangan hairanlah kenapa kerajaan negeri boleh bagi bil air free di Klang ni.

Perbezaan penapis yang belum diguna dan penapis yang baru 5 hari digunakan.

Selepas 5 hari dah kena tukar penapis yang baru sebab dah hitam penuh dengan keladak. Cuba bandingkan dengan warna penapis asal, berbeza sungguh warnanya.

Beli stok penapis untuk sebulan.
Kalau beginilah rupanya, memang wajib beli stok penapis setiap bulanlah jawabnya.
Share:

Monday, October 28, 2013

Jemu dengan smartphone android

Kembali kepada windows phone.

Aku memiliki smartphone berjenama Lenovo model K900 dengan OS android 4.2. Telefon ini aku beli pada bulan puasa yang lepas dengan harga lebih kurang RM1.4K.  Walaupun dengan specs yang sangat baik berbanding telefon sebelum ini, tapi aku masih kecewa sebenarnya.

Menggantikan windows phone yang aku guna dengan android bukanlah langkah yang bijak sebenarnya.

Pada asalnya aku teruja dengan skrin yang besar, Lenovo K900 memiliki skrin bersaiz 5.5 inci. Berbanding dengan Nokia Lumia 610 yang hanya 3.7 inci. Kepuasan menggunakan skrin besar memang jauh lebih baik tambahan pula dengan kamera 13MP menambahkan keterujaan aku. Gambar-gambar yang diambil memang cantik dan tidak ada cacat celanya.


semak samun depan rumah sendiri
Tapi aku bukan heavy user untuk smartphone, aku tak peduli pasal games ataupun menonton filem mahupun menggunakan aplikasi yang berat-berat.  Aku tak punya masa yang banyak untuk itu semua.

Memadai sekadar untuk aku buat panggilan, emel, snap sekeping dua gambar, melayari internet dan bersosial networking dan kadangkala menonton YouTube.  Kalau untuk urusan yang lain aku lebih selesa menggunakan laptop.

Aku meninggalkan Nokia Lumia 610 adalah kerana ianya adalah windows phone terburuk pernah aku jumpa. Dengan RAM hanya 125MB dan tahap lagging yang sangat tak diterima akal maka aku switch kepada android.

Aku silap, sepatutnya aku pergi kepada model windows phone yang lebih baik dan bukannya kepada android. Jangan salah faham, aku masih suka kepada android 4.2 ini cuma aku LEBIH suka guna windows phone.

Tambahan pula Nokia sudah keluarkan phablet Lumia 1520, dengan skrin bersaiz 6 inci ia lebih besar daripada apa yang aku guna sekarang. 

Just exactly what i need.

Boleh mula menabung untuk tukar balik kepada windows phone 8.

Share:

Sunday, October 20, 2013

Penilaian Prestasi Tahunan 2013

Sudah hampir hujung tahun 2013. 

Hujung tahun biasanya bermakna cuti sekolah bagi budak-budak sekolah, mak bapak di kampung akan terima cucu dan cicit datang bercuti, ramai pasangan akan kahwin, dan ramai juga budak-budak akan start gatal nak kahwin sebab baru lepas sunat. Memang meriahlah jawabnya macam cerita anak lelakiku yang dah sunat tahun lepas.

Tapi bagi aku hujung tahun bermakna Penilaian Prestasi Tahunan, bukan untuk aku tapi untuk staf 'under my supervision'.

 'They need to be evaluated accordingly, all 44 of them'. Nice!


Maka, bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem HRMIS yang kakitangan kerajaan selalu guna ini maka aku bercadang nak siapkan kerja seawal mungkin.In fact, by the time I publish this post I dah settle 90% of it.

Harap-harap dapat siap sebelum semua kakitangan kerajaan meluru masuk ke dalam sistem ini. 


Share:

Sunday, September 8, 2013

Pemain Baru Pasukan Arsenal Bagi Musim 2013/2014

Mesut Ozil berusia 24 tahun dilahirkan pada 15 Oktober 1988 di Gelsenkirchen, Jerman. 

Bermain di posisi tengah dan memakai jersi bernombor 11. 

Berpindah daripada Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak 42.5 juta Pound.


Emiliano Viviano berusia 27 tahun dilahirkan di Florence, Italy pada 1 Disember 1985. 

Mempunyai ketinggian 6 kaki 5 inci.

Bermain di posisi penjaga gol dengan memakai jersi bernombor 13.

Dipinjamkan daripada Palermo selama setahun. 


Yaya Sanogo berusia 20 tahun dan dilahirkan di Massy, Perancis pada 27 januari 1993.

Mempunyai ketinggian 6 kaki 3 inci.

Bermain di posisi penyerang dengan memakai jersi bernombor 22.

Tiada yuran perpindahan dikenakan selepas tamat kontraknya dengan pasukan Auxerre.




Share:

Thursday, August 29, 2013

Hujan Sudah Tiba

Musim hujan dah tiba, dan bumi Raub ni menerima hujan setiap hari. Tanah kat rumah aku memang tak akan sempat kering.


Kalau rujuk pada aplikasi cuaca dalam smartphone, nampaknya sepanjang hujung minggu ni pun akan hujan dan mendung sepanjang masa.



Berita baik : hari-hari akan menjadi sejuk dan nyaman.

Berita buruk : banyak semut dah pindah masuk rumah aku setiap kali musim hujan.
Share:

Thursday, August 22, 2013

Wednesday, July 31, 2013

Wednesday, July 24, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Wednesday, July 17, 2013

Lulus Pinjaman Perumahan Kerajaan

Pinjaman Perumahan Kerajaan yang aku pohon ini, akhirnya diluluskan. Ini adalah merupakan usaha ke-3 untuk aku membeli rumah sendiri.

Jangan terkejut tengok pinjaman yang aku buat tu sedikit sahaja, sebabnya ini adalah pinjaman perumahan bersama isteri. Pinjaman isteri pun dah diluluskan, jadi jumlah pinjaman kami berdua adalah bersamaan dengan harga rumah yang dibeli (selepas dicampur dengan insuran)

Usaha yang pertama membeli rumah penuh dengan liku-liku dan masalah, yang akhirnya rumah tak siap malah kena bayar balik pinjaman ke pihak bank. Sekarang ini pun masih dalam proses pemberhentian pembayaran pinjaman. 

Rumah tak siap, siapa nak bayar?

Usaha yang kedua pun tergendala, sebabnya pemaju menaikkan harga rumah pada saat-saat akhir. Borang permohonan pinjaman perumahan kerajaan telah pun aku hantar kepada pemaju. Akhirnya aku batalkan sahaja.

Usaha ketiga ni nampaknya berjaya. Rezeki dalam bulan Ramadhan rasanya. 

Rumah pun dah 90% siap. Hujung tahun ini mungkin dapat kunci.

Alhamdulillah.

Share:

Thursday, July 11, 2013

Muat turun - Panduan Sembahyang Tarawih

Salam Ramadhan buat semua pembaca JurnalKosong ini. 

Bagi pembaca muslim yang nak mendapatkan panduan dan cara-cara solat tarawih pada bulan Ramadhan ini, kalian bolehlah baca terus atau pun muat turun menggunakan capaian di bawah:



Semoga kita semua dapat beramal dengan lebih baik di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. 

Insya Allah'.

Teringat pula kenangan Ramadhan beberapa tahun lepas. Nak baca boleh klik sini.

Share:

Wednesday, July 10, 2013

Biodata Rasmi Minion dari Animasi Despicable Me 2

Kalian kenal dengan makhluk kuning-kuning yang macam mambang kuning dalam cerita Despicable Me 2? Mesti kalian gelak sakan dengan bahasa yang mereka gunakan. Serius! aku pun ketawa.

Layan cerita begini dalam bulan Ramadhan tak jadi masalah sebab tiada unsur-unsur lucah melampau!

Jadi, ambil masa sikit dan kenali mereka dengan lebih dekat.
(klik pada gambar untuk lebih besar)
A Who
Share:

Tuesday, July 9, 2013

Monday, July 8, 2013

Kenapa Blog Tak Laku

Ramai yang ingat senang nak jadi blogger. Buat 2-3 perenggan ayat, letak gambar dan tekan 'publish'.
Sudah siap satu entri untuk hari ini. Mudah kan? 

Tapi menarik ke entri itu untuk di baca?

Bukan senang nak tarik orang datang baca penulisan yang kita buat dalam blog. Biasanya tak ramai orang yang akan singgah dan baca tulisan kita, kecuali jika blog kita dalam kategori di bawah:

Blogger artis ataupun selebriti

Tulislah apa sahaja, pasti akan ada yang membacanya dan memberi komen. Walaupun isinya entah apa-apa. Itu tak kisah sebab itu kelebihan menjadi selebriti terkenal. Apa yang dibuat artis ini di masa lapang dianggap penting oleh pembaca setianya. I.e 'follower'. 

Blogger perempuan comel.

Blog awek-awek yang comel, ayu dan ala-ala artis pun tiada masalah nak tarik pembaca. Malah mungkin sudah ada yang subscribe rss untuk tak ketinggalan membaca entri yang baharu. Kadang-kadang cerita pasal charger telefon rosak pun dapat sambutan hangat. Nama blogger macam Irine Nadia MarcelloFatin LiyanaHanisah HasbullahEngku Sulwani dah memang ramai kenal sebab tahap cun mereka terlalu ridiculousPfftttt...

Blog yang cerita pasal buat duit guna blog.

Blog macam ni paling kerap dapat sambutan di Malaysia. Google sahaja pasal SEO mana-mana blog, pasti berderet komen dan ulasan yang diberikan pembaca. Tujuannya senang, secara teorinya kalau banyak pelawat yang singgah di blog maka banyak duit akan berduyun-duyun masuk melalui iklan. 

Macam-macam tips ada diberikan untuk menjana kewangan melalui blog. Contohnya seperti guna perkhidmatan iklan, affiliate, ebook, dan online business. Aku akui aku juga pernah baca blog yang tayang pendapatan daripada iklan Nuffnang di blog mereka. Bagus sebabnya ini motivasi bagi para blogger yang lain. Contohnya:

Blog Politik

Tak payah cerita pasal blog macam ini, semua orang dah tahu.

Tapi jika kita tidak mempunyai ciri-ciri di atas maka penulisan di dalam blog biasanya agak tak laku dibaca umum. Ini realiti, agak-agak sejujurnya ada ke sesiapa kisah jika kita cerita pasal penat bekerja seharian di pejabat ataupun cerita pasal tersangkut di dalam kesesakan jalanraya?

Aku tahu sebab aku juga pembaca blog. 

Share:

Tuesday, June 25, 2013

Apabila Jerebu Melanda Pusat Serenti

Semua orang tahu apa itu Pusat Serenti. Walaupun sudah bertahun pusat serenti ini bertukar imej dan nama, namun panggilan pusat serenti itu seakan sudah sebati di dalam diri masyarakat kita. 

Sekarang ianya lebih dikenali sebagai CCRC, iaitu ringkasan kepada 'Cure and Care, Rehabilitation Centre'. Fungsinya masih sama seperti dahulu iaitu memberikan program kepulihan kepada pengguna dadah ini agar pulih daripada sebarang bentuk penagihan dan juga mencegah mereka daripada terlibat dengannya.

Terima kasih kepada negara jiran kita kini kini masalah jerebu melanda negara,  pada asalnya dijangkakan bahawa hanya negeri-negeri di pantai barat sahaja yang akan mendapat tempiasnya tetapi kini melarat sampai ke negeri pantai timur. Pahang juga tidak terkecuali.

Bandar Raub yang jauh diceruk Pahang ini juga terjejas teruk. Mungkin Indeks Pencemaran Udaranya tidak seteruk pencemaran udara di Johor, Melaka, dan Selangor namun bahayanya tetap sama. 

CCRC Raub nampaknya tidak sekebal mana, lokasi di dalam ladang getah di hujung kampung belum mampu menahan asap jerebu yang datangnya nun jauh dari negara Indonesia. 

Dek kerana inilah semua penghuni terpaksa dibekalkan topeng mulut dan hidung bagi menjaga kesihatan mereka. Walaupun secara teknikalnya mereka masuk ke CCRC ini disebabkan pengambilan dadah. Sangatlah sarkastik.


Jika nak tahu program dan aktiviti penghuni di CCRC Raub ini, bolehlah singgah di:


Share:

Wednesday, June 19, 2013

Cara Terbaik Kumpul Kenangan Lama

Album gambar adalah contoh yang paling klasik untuk kita kumpul kenangan-kenangan menggunakan gambar-gambar. Aku yakin semua orang mempunyai album gambar sebegini. Album gambar ini mudah diuruskan kerana gambar-gambar di dalamnya boleh dikeluarkan dan dimasukkan sesuka hati kita.



Cuma masalahnya adalah apabila menggunakan album gambar ini, gambar tersebut kadangkala boleh terkeluar dari ruangannya dan mungkin di ambil orang lain tanpa pengetahuan kita.

Untuk mengatasi masalah ini, aku menggunakan photobook daripada UPrint.

Masuk kali ini, sudah 3 buah photobook yang aku terbitkan. Photobook yang terbaru aku buat adala seperti gambar di atas. Untuk pengetahuan, photobook ini sama seperti mana-mana album gambar yang kita selalu dapat apabila cuci gambar di kedai-kedai. Cuma bezanya photobook ini diterbitkan menyerupai sebuah buku dan isi kandungannya adalah gambar-gambar yang kita sendiri pilih dan susun.

Aku suka guna photobook seperti ini sebabnya bagi sebuah photobook yang aku buat, aku akan kategorikan mengikut event tertentu. Contohnya aku pernah keluarkan sebuah photobook untuk perkahwinan kakak ipar pada 3 tahun yang lepas. Itu adalah percubaan aku yang pertama dan yang kedua pula adalah photobook berkisar hal anak menyertai program berkhatan mengikut tradisi kampung beramai-ramai.

Kalau kita kreatif, kita boleh susun sendiri setiap ruang gambar mengikut saiz atau kedudukan gambar di dalam photobook tersebut. Lepas ini tiada lagi masalah gambar tercicir ataupun hilang dari soketnya. 



Kalau nak tau proses yang terbabit waktu aku terbitkan buku ini, kalian boleh singgah di blog 'mostlybyme.wordpress.com'. Dalam blog itu aku telah terangkan semua yang kalian patut tahu kalau berminat untuk keluarkan photobook sendiri.

Selamat mencuba.





Share:

Thursday, June 13, 2013

Pencemaran Bahan Kimia Sianida di Raub

Petang yang lepas, aku di datangi oleh beberapa orang daripada jabatan kesihatan Raub di rumahku. Kebetulan pada petang tu aku tidak kerana-mana. Biasanya aku dah keluar untuk berjogging dan pergi main badminton bersama dengan rakan-rakan.

Alkisahnya, mereka ni datang sebabnya nak buat kaji selidik dan temuduga berkaitan dengan pencemaran di sekitar bandar Raub ni. 

Hairan juga aku dibuatnya, dah bertahun-tahun aku duduk disini ini kali pertama ada temuduga pasal pencemaran macam ini. Ini macam dah jadi kes besar agaknya.

Memang tak silaplah tekaan aku. Di kawasan persekitaran Raub ini sudah disyaki berlakunya pencemaran bahan kimia iaitu 'sianida' ataupun 'cyanide'. Kalau rajin boleh baca pasal 'Keracunan Cyanide'. Ini semua berpunca daripada penggunaannya di kawasan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Lombong emas ini sudah lama beroperasi pun, tapi baru sekarang timbul isu macam ini.


Isu ni mula jadi panas selepas Pilihanraya yang lepas. Terdapat aduan daripada penduduk disini yang sudah merasakan kesan sampingan daripada bahan kimia tersebut. Adun yang memenangi kerusi di kawasan ini berjanji untuk mengambil tindakan mengatasi masalah ini. 

Aku harapkan yang terbaik.

Semasa ditemuduga oleh wakil jabatan kesihatan tersebut aku bukan sekadar menjawab soalan-soalan sahaja, malah siap ada diambil sampel darah dan sampel air kencing untuk diperiksa. Sayangnya keputusan ujian sampel tersebut tidak aku ketahui kerana ia mengambil masa untuk dianalisis. Aku masih sihat dan tidak dijangkiti hendaknya.

Harapan aku semoga pencemaran bahan kimia 'sianida' ini dapat dibendung oleh pihak yang berwajib dan kekalkan tahap keharmonian penduduk di pekan Raub yang sekangkang kera ini.

Salam.
Share:

Thursday, June 6, 2013

Kedai ekzos kereta di Klang

Kereta aku dah lama mengeluarkan bunyian yang sangat bising sejak setahun yang lepas. Ini tiada kaitan dengan enjin tetapi adalah disebabkan dek ekzosnya yang dah bocor.

Niat nak membaikinya memang dah lama tersirat di dalam hati, cuma aku masih tak jumpa kedai yang boleh baiki ekzos ini. Kalau di area Bukit Tinggi ataupun Andalas memang tiada kedai sebegini, dan aku terpaksa pergi sampai ke Taman Sentosa. Kalau ekzosnya tak boleh dibaiki, tukar baru pun aku tak kisah.


Nah, kedai ni betul-betul di bahagian kiri jalan raya bersetentang dengan Public Bank. Kalau tak fokus memang boleh terlepas kedai ni. Nampak tak tulisan 'Pakar Ekzos' tu! Ha! Jangan main-main. Dalam kedai ni banyak juga ekzos yang bergantungan dan pelbagai pilihan yang ada kalau bercita-cita nak pasang kat kereta korang.


Akhirnya kereta ni masuk 'Operation room' dan apa yang mengagumkan aku adalah mekaniknya adalah seorang 'bangladeshi' yang sangat-sangat berbeza dengan mana-mana mamat Bangla yang pernah aku jumpa di muka bumi ini. Inilah first time aku jumpa Bangla yang buat kerja mekanik tahap profesional macam ni.

Mamat ni memang sangat pakar pasal baiki kereta ni, memang wajar la dengan papan tanda kedai ni iaitu 'Pakar Ekzos'.


Selepas 10 tahun 6 bulan akhirnya ekzos ini terpaksa dikuburkan dan digantikan dengan pengganti yang lebih moden fizikalnya. Banyak juga bocornya ekzos ni.


Bajet pun masih ok sebab harga ekzos dan upah kerja tak sampai RM200 pun. Di kedai ni hanya aku saja yang ada pada pagi tersebut maka cepat sikitlah kerja tukar ekzos ni.

Kalah nak tahu kedai ni boleh rujuk map di bawah.



Share:

Tuesday, June 4, 2013

Moto3 pusingan ke-3, ke-4 dan ke-5

Pusingan ke-3 Moto3 telah berlangsung di Gran Premio bwin de Espana -Sirkit Jerez dan Zulfahmi berjaya mendapat kedudukan ke-7 selepas bermula pada grid ke-11. ini bermakna 9 mata telah dapat kumpul olehnya.


Pusingan ke-4 Moto3 berlangsung di Monster Energy Grand Prix de France dan pusingan ke-5 pula berlangsung di Gran Premio d'Italia TIM - Mugello Sirkit. Pada kedua-dua perlumbaan tersebut nampaknya nasib pelumba kebangsaan Zulfahmi Kamarudin masih tidak berubah seperti perlumbaan yang sebelumnya. 

Malah lebih teruk pada pusingan ke-4 yang lepas apabila Zulfahmi langsung tidak dapat menamatkan perlumbaan dek kerana terbabit dengan kemalangan pada pusingan ke-19. Tiada mata untuknya bagi pusingan ke-3 ini. Kesian dia.

Tapi pada pusingan ke-5 pula, dia menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 apabila bermula daripada grid ke-18. Boleh tahan juga potensi budak seorang ni. Kedudukan ke-11 bermakna 5 mata lagi buat dirinya.


Selepas 5 perlumbaan, 33 mata telah dikumpul oleh Zulfahmi dan berkedudukan ke-8 secara keseluruhan seperti gambar berikut:

Semoga berjaya dan terus berjaya buat Zulfahmi, jangan risau masih ada 13 lagi perlumbaan yang tinggal bagi musim 2013/2014 ini. 
Share:

Tuesday, May 28, 2013

Bodoh Betul.

Taman rekreasi di Taman Tasik Raub ini tempat guna sama orang ramai datang untuk beriadah, bersantai dan banyak lagi. Kalau petang-petang memang ramai orang yang datang ke tempat begini. Terutamanya untuk berjogging dan bersenam.



Aku memang biasa pergi ke tempat rekreasi ni, terutamanya untuk berjogging. Di sini ada trek jogging mengelilingi tasik dan terdapat juga beberapa peralatan bersenam. Memang meriah tempat ni.

Tambahan pula waktu cuti sekolah macam sekarang ni memang tak putus-putus orang yang datang. Memang luar biasa ramainya daripada waktu hari-hari yang sebelumnya. 

Cuma hari ini aku agak bengang sikit dengan beberapa orang yang datang ke sini. Sebabnya selepas beberapa pusingan aku jogging biasanya aku akan buat beberapa aktivit senaman di situ, tapi mereka ni guna peralatan tu untuk buat tempat lepak pulak. Bodoh betul.

Dah puas hint aku bagi, tapi macam tak reti-reti nak bangun dari tempat tu. Kalau sekadar nak lepak-lepak eloklah pergi duduk di pondok tu. Agak-agaklah kalau nak lepak pun, ini bukan pasaraya tempat lepak lama-lama.

Nampaknya aku terpaksalah tegur diorang ni. Bukan niat nak menghalau tapi takkan tiada perasaan langsung pada orang yang mundar-mandir kat situ. Lepas diorang bangun barulah ramai yang boleh guna peralatan tu. 

Selepas ditegur, boleh pula buat memek muka macam tak puas hati! Nak je aku 'sound' diorang tu tapi aku anggap diorang ni budak-budak je dan malas nak layan sangat. 

Jadi nasihat aku pada semua agar prihatinlah sedikit dengan keadaan sekeliling, guna akal tu serta  fikir baik-baik dan bila ditegur apabila buat salah maka terimalah dengan hati yang redha. Jangan tarik muka, sebab nampak sangat kebodohannya disitu.
Share:

Tuesday, May 21, 2013

iPad Mini Yang Best

Beberapa bulan lepas aku ada membuat artikel berkaitan tablet. Memang banyak tablet yang ada di pasaran sekarang. Dan aku masih berpegang kepada ideologi penggunaan komputer lebih mudah dan sesuai berbanding dengan penggunaan tablet ini.

Tapi selepas beberapa ketika, aku terpengaruh jua dek kerana terlalu banyak tablet yang berada di sekeliling. Tambahan pula dengan peningkatan teknologi memudahkan tablet ini membuat banyak perkara seperti kemudahan bersosial dan juga aplikasi yang sangat memberi faedah.

Akhirnya aku memilih iPad mini.



Aku sendiri pun tak pasti kenapa aku memilih iPad mini ini berbanding dengan tablet android yang lain. Mungkin selepas terlalu kerap menggunakan tablet android milik isteri dan anakku maka aku rasa lebih selesa menggunakan produk Apple ni.

Dan memang tidak salah pilihan aku. Memang iPad mini ini lebih user-friendly kepada aku. Dengan saiz skrinnya 7.9 inci ia memang sangat selesa di genggamanku. Dengan kamera 5MP di belakang memberikan gambar yang sangat berkualiti membuatkan aku kerap ambil gambar menggunakannya berbanding dengan telefon bimbitku sendiri.

Jangan salah faham, aku tidak berpihak kepada mana-mana OS. Tak kira sama ada Apple ataupun Android jika aku rasa produk mereka bagus maka aku akan gunakannya. 

Tambahan pula dengan aplikasi-aplikasi yang ditawarkan memang sangat berkualiti. Buat masa aku aku terlalu asyik dengan aplikasi Paper dan Sketchbookx. Aku turut membuat belian secara online untuk menggunakan beberapa tools dalam aplikasi tersebut. Beberapa hasil tangan aku boleh dilihat di  Tumblr 'mostlybyme'. 

Entri ini juga di buat dengan menggunakan aplikasi Blog untuk iPad. Untuk harga iPad mini ini boleh rujuk laman web ataupun di mana-mana outlet yang menjualnya. Apa yang aku boleh katakan harganya memang agak mahal berbanding dengan tablet yang hampir sama saiz dengannya. 

Jadi, harapnya selepas ini aku makin akan dapat lebih kerap update blog ini menggunakan iPad mini ini.

Salam.
Share:

Wednesday, May 8, 2013

Panduan Buat Lelaki Buncit

Artikel ni aku cedok daripada FOXNEWS dalam segmen kesihatan. Tujuan aku nak berkongsi disini sebabnya adalah supaya semua lelaki ambil tahu memang ada cara lain untuk kurus selain daripada buat senaman di gym sampai berpeluh-peluh tu.  

Berpandukan dengan artikel yang aku baca, masalah buncit ini merupakan tanda-tanda awal kepada banyak masalah kesihatan. Setakat 'sit-up' sahaja tidak mencukupi. 

Lagi satu, hilangnya tahap macho seorang lelaki itu adalah apabila baju yang dipakai nampak ketat di bahagian perut dan menunjukkan bentuk 'muffin' pada bahagian pinggang. AKu tahu, sebab ramai orang lelaki keliling aku macam ni.


Penambahan berat badan terutamanya pada bahagian perut adalah berpunca daripada tahap 'cortisol' iaitu tahap hormon stress adalah terlalu tinggi dan ianya sangat merbahaya. Usia juga menjadi faktor yang tak boleh dihalang. Semakin meningkat usia maknanya semakin kurang tahap upaya sistem badan untuk mengelakkan masalah buncit ini.
Share:

Thursday, April 25, 2013

Universal Studio Singapore - Trip Kami

Bulan lepas aku dan famili berkunjung ke Universal Studio Singapore. Kami sekeluarga hanya ber'backpacking' dan sempat bermalam di sebuah hotel bajet di sana. Ini adalah lanjutan perancangan asal kenapa kami buat passport pada bulan sebelumnya. Boleh baca kisah tu disini.


Kami ke sana menggunakan laluan udara sebab nak cepat sampai dan tak sanggup nak memandu jauh-jauh daripada Klang ke Johor. Sejam penerbangan daripada LCCT Sepang sehinggalah ke Changi Airport, kalau naik kereta aku rasa mahu ambik 4-5 jam barangkali.


Untuk dapatkan panduan jika nak ke USS ni seelokeloknya buat research banyak-banyak, sebab banyak kekurangan yang aku alami sepanjang trip kami ini. Lebih afdal jika baca blog-blog yang boleh memberikan secara terperinci panduan dan cara-cara berjimat jika mahu ke sini.

Cuma nasihat aku adalah:

  • Bersedia untuk banyak berjalan kaki. Memang penat bagi golongan warga emas.
  • Bersedia untuk beratur panjang. Banyak masa akan terbuang.
  • Bersedia dengan kamera sepanjang masa. Watak-watak animasi ni kadang-kadang keluar sekejap-sekejap. Siapa cepat dia dapat la bergambar.

Sungguhpun begitu aku dan keluarga berasa sangat gembira walaupun banyak Ringgit Malaysia yang dikorbankan untuk tujuan ini

Tapi ianya berbaloi, sangat berbaloi.

Share:

Keputusan Perlumbaan MotoGP Americas - Pusingan Kedua

Pusingan kedua perlumbaan MotoGP berlangsung pada ahad lepas 21 April 2013 di Sirkit of Americas. Keputusan akhir bagi kategori MotoGP adalah seperti berikut:


Bagi keputusan Moto2 pula, keputusan 10 teratas adalah seperti berikut:


Manakala keputusan bagi Moto3 pula adalah seperti berikut:


Pelumba kebanggan negara kita Zulfahmi Kahiruddin bermula pada petak ke-12 dan menyudahkan perlumbaan pada kedudukan ke-7 daripada 23 pelumba.

Pelumba Moto3 ini perlu membuat 17 pusingan sirkit tetapi terpaksa dihentikan sementara pada pusingan ke-12 akibat satu kemalangan berat yang berlaku kepada Jasper Iwema sehingga terpaksa dihantar ke hospital. Baki 5 pusingan itu akhirnya diteruskan sejurus selepas insiden itu selesai.


Keputusan yang masih baik kerana masih berupaya mengumpulkan 9 mata bagi dirinya. Ini bermakna secara keseluruhannya selepas 2 pusingan (pusing pertama di QATAR) mata yang dikumpul adalah seperti berikut:


Pusingan seterusnya akan berlangsungpada 5 Mei 2013 di Sirkit Jerez, Sepanyol. Jangan lupa 5 Mei tu tarikh mengundi untuk PRU-13 ni.

Undi jangan tak undi.
Share: