Thursday, January 17, 2013

Fungsi 'Blogroll' @ 'Bloglist' yang betul

Saya seorang blogger yang banyak buat blogwalking. Dan pada masa yang saya masih tercari-cari 'niche' yang tepat dan sepadan dengan blog ini. Walaupun dah lebih seratus entri yang diterbitkan, namun saya masih lagi tak tahu 'niche' blog ini.

ihsan google


Dunia blogging dah terlalu luas untuk diteroka. Apatah lagi nak cari yang sesuai dengan mood saya. Tak semua blog saya baca, saya cuma baca entri blog-blog yang saya rasa berbaloi dibaca.


Disinilah fungsi 'blogroll' boleh digunakan. Contohnya blog yang mempunyai 'niche' teknologi sepatutnya meletakkan senarai blog yang sama 'niche'nya di dalam 'blogroll' mereka. Ini memudahkan pembaca yang  mencari cerita berkait teknologi untuk singgah di blog yang sama kategorinya dengan kita.

Nasihat saya, uruskanlah 'blogroll' atapun 'bloglist' dalam blog kita itu dengan kemas dan update lah selalu supaya tidak nampak terlalu bosan. Carilah 'niche' yang sama dengan 'niche' blog kita, barulah blog kita itu nampak sangat profesional.
Share: