Tuesday, January 8, 2013

'masalah cari idea blogging yang paling kerap aku alami'

Salam semua.

Untuk entri kali ini sebenarnya aku sudah pun sediakan drafnya 2 hari yang lepas. Notanya sudah pun aku catitkan berhari-hari di dalam perisian 'Evernote' yang aku download di Windows Marketplace untuk telefon Nokia Lumia 610 ku.


Memang pelan asalnya aku akan huraikan semula nota ringkas yang aku buat tu dalam blog ini. Tapi bila selepas 2-3 hari, aku dah 'lost interest in doing it'

Padahal semasa menulis nota 'Evernote' tu, memang dah terbayang berperenggan-perenggan entri blog aku tu kali ni. Tapi sayangnya sekarang ni bila dah mengadap laptop dan bercadang nak update blog, idea tu masuk dalam 'waiting list' pula.

Dah banyak kali jadi macam ni. Akhirnya, telefon aku penuh dengan idea blogging yang tidak diblogkan. Ianya masih lagi menunggu di dalam 'waiting list'.

Salah satu sebabnya aku rasa adalah mungkin aku dah terpengaruh dengan masalah di tempat kerja. Semenjak 2 menjak ni, aku dapat rasakan sedikit ketegangan di tempat kerja. Dan aku pun terkena tempiasnya. Puncanya:
I've got some issue with this guy. It's not such a big fuss, but lately I went from 'dislike' this man into 'hating' him.
 Okay, aku tak mahu ceritakan lagi pasal tu disini. Stress.

Manakala untuk entri akan datang mungkin aku akan usaha balik untuk gunakan idea terkumpul tu untuk dijadikan entri.

Entri yang berkaitan:

  1. Smart Camera Samsung NX1000
  2. 'Membuat panggilan' bukan lagi tujuan utama 'smartphone'
  3. Jurnal Kosong akhirnya berdomain sendiri
  4. Mengarang artikel bukannya senang
  5. Apa masalahnya kalau kita terlalu jujur
Share: