Saturday, January 12, 2013

'Ninetology' nama baru di pasaran gajet

Bukan selalu kita dapat tengok syarikat tempatan yang mengeluarkan produk seperti 'smartphone' dan juga tablet.



Nama-nama seperti Samsung, Apple, Nokia dan banyak lagi memang sudah sinonim dengan pembekal majoriti 'smartphone' di negara kita. Pandanglah kira atau pun kanan, mesti wujud telefon ataupun tablet daripada jenama-jenama yang aku sebutkan tadi .

Namun Ninetology pula adalah sebuah syarikat tempatan yang di daftarkan atas Ninetology Marketing Sdn. Bhd yang aku nampak sangat berpotensi menyaingi pengeluar telefon-telefon pintar yang ada di pasaran Malaysia sekarang ini.

Sudah beroperasi lebih 10 tahun dan mempunyai 8 cawangan di seluruh dunia termasuklah di AS, UK, Denmark dan termasuk juga HQnya di Singapura.

Buat masa ini produknya adalah seperti berikut: 


Apa yang menggagumkan aku, kualiti smartphone mereka ini memang hampir-hampir menyamai standard beberapa smartphone berjenama besar seperti Samsung. Contohnya:

Cuba bandingkan:

Ninetology - Black Pearl II / Samsung - S II
  • Dualcore 1.0 GHz / Dualcore 1.2 GHz
  • OS Android 4.0 / OS 2.3.4
  • Saiz skrin 4.0" / saiz skrin 4.3"
  • Kamera belakang 5.0 MP, Kamera Depan 0.3 MP / 8.0MP, 2.0MP
  • Bateri Li-Ion 1600 mAh / Bateri Li-Ion 1650mAh

ihsan  google image

Berbaloikan?

Bayangkan dengan kesamaan yang hampir-hampir ini, harga telefon Black Pearl II yang ditawarkan adalah tak sampai separuh daripada harga Samsung S II ini. Murah sungguh.

Selepas ni memang banyak lagi telefon yang bakal memenuhi pasaran, dan pastinya dengan lingkungan harga antara RM559 hingga RM899 sahaja.

Yang menarik:
  1. Smart Camera Samsung NX1000
  2. Akhirnya ku miliki Lumia 610
  3. Akhirnya dapat tablet ASUS
  4. Kenapa aku beli LED TV
Share: