Thursday, January 3, 2013

"Welcome 2013"

Salam Tahun Baru 2013.

Tahun 2012 telah pun selesai meninggalkan kita. Tahun yang penuh dengan cerita suka-duka dan pahit-manis yang berlaku di sekeliling kita. Sudah banyak blog kawan-kawan yang aku singgah sepanjang tahun lepas, dan semakin banyaklah juga pengetahuan dan pengalaman yang aku perolehi.

Kini tahun 2013 kini sudah pun tiba, dan banyak lagi cerita-cerita menarik yang akan kita dengar sepanjang tahun ini dan harapnya tidak ada lagi insiden @ kejadian yang mendukacitakan kita semua seperti yang pernah berlaku pada tahun lepas, cthnya banjir, tanah runtuh, kejadian bunuh dan sebagainya.

Sepanjang blog ini wujud, ada juga topik-topik entri yang menjadi tarikan dan mendapat kunjungan pengunjung yang paling ramai. Antaranya adalah:
  1. Berhati-hati Masa Tukar 'Spark Plug'
  2. Masalah iPhone 4
  3. Jadual Kakitangan Awam 2011
  4. Ulser Mulut a.k.a Mata Ikan
  5. Borang Sumbangan RM1000 Veteran ATM

Aku juga punyai banyak cerita yang sepatutnya boleh disampaikan, cuma kadang-kadang hajat tu tak dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Jadi, harapan aku pada tahun ini supaya dapat lebih memberikan masa untuk berblogging dan harapnya lebih faham erti maksud ber'blogging' ini. Jangan terlalu fokus untuk tarik pengunjung blog, sebaliknya fokus pada pengisian di dalamnya. 

Aku percaya, jika berblogging secara ikhlas, makin ramailah pengunjung yang ikhlas singgah nanti.



Akhir kata, Selamat Datang 2013.



Share: