Thursday, February 28, 2013

Program Tanaman Sejuta Pokok di CCRC Raub

22 Februari lepas ada program Tanamam Sejuta Pokok di tempat kerja aku. Program tanam pokok banyak-banyak ni sebenarnya sudah mula tersebar luas di kebanyakan agensi-agensi kerajaan dan juga di sekolah-sekolah.

Kali ini giliran CCRC Raub.

Nama lama bagi CCRC Raub, Pahang

Cuma ironinya tempat kerja aku ni lokasinya di dalam kawasan ladang getah, bersebelahan dengan kebun-kebun dan hutan. Jadi program sebegini agak tak masuk dek akal rasanya.

Tapi ianya masih program yang bagus, kerana ia menerapkan semangat untuk menghijaukan bumi. Memang ia usaha yang sangat murni.

Lagipun sejujur-jujurnya memang inilah satu-satunya pokok yang aku tanam dalam 2-3 tahun ini. Serius kejam!

Inilah satu-satunya pokok yang aku tanam, lepas tu aku pegang kamera je tak lepas-lepas!

Pada hari tersebut, kami dapat menanam lebih kurang 300 batang pokok. Kebanyakannya pokok bunga dan juga pokok buah-buahan. Pokok durian pun ada!

Tanam durian ni maknanya, memang tak sempatlah nak merasa buah nya ye!
Yang terlibat tanam pokok-pokok bunga ni pula lokasi tanamannya adalah di sepanjang jalan masuk ke pusat ini. Harapannya agar nanti bila dah berbunga nanti jalan ni akan jadi merah dengan bunga Raya ni semua.

antara staf pompuan yang kena datang pagi Sabtu sebab kena tanam pokok. Hahahaha
Banyak lagi sebenarnya gambar dan video, tapi semuanya dah diupload di CCRC Raub Facebook Fanpage.  Jadi jika kalian ada kesempatan bolehlah klik dan like fanpage kami di Facebook.



Share: