Sunday, February 17, 2013

Suka-suka buang sampah


Tabiat buang sampah merata-rata ni memang sudah lama menapak di kalangan masyarakat kita. Mungkin ianya sudah terlalu lama sehinggakan perkara ini sudah nampak seperti perkara biasa buat kita semua.



Mungkin bukan semua yang buat begini, tapi walaupun seorang sahaja yang buang sampah, sudah cukup untuk mencacatkan keindahan sekeliling kita. Hodoh akibatnya.

Sudah banyak kali berlaku adegan buang sampah merata-rata di depan mata aku. Ada pemandu yang buang sampah keluar dari kenderaan di tengah kesibukan jalanraya, bahkan semasa berhenti di lampu isyarat pun ada juga yang membuang plastik makanan ringan keluar dari tingkap kereta.

Mendidih juga darah aku melihat perbuatan mereka ini.

Apa kah bangang mereka ini semua?

 Tapi, apa aku boleh buat? Perlukah aku keluar dari kereta aku dan pergi menegurnya? Aku belum cukup berani. Aku sekadar mampu menggelengkan kepala dan mengutuk tindakannya itu. Nak dijeling-jeling nanti dikatanya kita ni samseng jalanan pula.

Ahhh!

Hakikatnya memang inilah tabiat yang kebiasaannya wujud di kalangan orang kita. ‘Biar rumah orang kotor, asalkan rumah kita cantik!’.

Cuba tanya diri sendiri ‘bila kali terakhir kita membuang sampah merata-rata?

Tapi apa yang kita boleh buat jika adegan buang sampah merata-rata ini berlaku betul-betul dihdadapan mata kita? Mampukah kita menghalangnya? Ataupun mampukah kita menegur orang yang buang sampah itu?

Didiklah diri kita dan anak-anak kita supaya menjaga kebersihan walau dimana pun kita berada. 
Share: