Tuesday, March 12, 2013

Bukan Instagram untuk Windows Phone

Ramai dah tau apps Instagram yang tengah panas dan popular terutamanya bagi pengguna telefon pintar android dan juga pengguna iPhone. Applikasi Instagram ni lebih kepada laman sosial bagi perkongsian gambar. Kalau  nak download kena singgah di Instagram Google Play.

Buat masa ini apps di android ini dah di download lebih daripada 3 juta kali.

Instagram untuk android
Tapi ramai juga tak tau yang applikasi Instagram ni tak wujud dalam Windows Phone Marketplace! Aku tahu sebab aku juga pengguna Windows Phone 7.5 ni.

Memang tak peka langsung la diorang ni. Pengguna Windows Phone ni dah semakin ramai kat dunia ni, tapi mereka masih lagi tak nak keluarkan apps mereka buat kami semua.

  


 Akhirnya, Nokia keluarkan sendiri aplikasi diorang atas nama #2InstaWithLove. Fungsi pun hampir-hampir sama seperti Instagram yang asal sebabnya gambar yang kita ambil akan kelihatan seperti menggunakan kamera polaroid dan kemudiannya akan di'share' di laman sosial beserta hashtag #2InstaWithLove.

Tapi ini sebenarnya satu usaha yang dibuat oleh Nokia untuk menunjukkan kepada Instagram betapa pengguna Window Phone juga sangat memerlukan aplikasi ini. Harap-harap tak lama lagi Instagram ni tersenarai juga di Windows Phone Marketplace. 

Kalau nak download bolehlah singgah ke sini #2InstaWithLove
Share: