Thursday, March 7, 2013

Mencuba Windows 8, tinggalkan Windows 7

Dalam aspek komputer, aku rasa masih tertinggal di belakang kerana belum mempunyai komputer yang menggunakan Windows 7. Kerana aku masih lagi tegar menggunakan Windows Vista versi Home Premium 2009.

Bukannya aku tak mahu tukar, tapi aku memang malas. Semua itu perlukan duit, dan duit itu perlu dicari  sebabnya duit tu tak datang bergolek ke riba kita.

Walaupun di pejabat aku dah ramai yang guna Windows 7 ini, tapi komputer di meja aku pula masih kekal dengan Windows XP. Memang ketinggalan sungguh.

Windows 8

Oleh kerana tak mahu ketinggalan maka aku bersetuju bila si isteri mahu beli laptop baru dengan Windows 8. Ya! Windows 8 yang menggunakan interface 'Metro' itu lah.

ASUS VivoBook milik isteri aku
Memandangkan aku sudah biasa menggunakan Windows Phone di Nokia Lumia 610, maka aku tidaklah susah sangat nak memahami Windows 8 ni. Ini satu pengalaman yang sangat baru dalam sistem pengkomputeran.

Tapi bagi isteri aku, Windows 8 ni agak komplikated katanya sebab dah terlalu biasa dengan Windows 7. Nanti dah lama-lama guna seronok la tu.

Tambahan pula Laptop si isteri ni keluaran ASUS yang boleh juga digunakan secara 'touch screen'. Memang terbaiklah!

Terasa macam nak cari jugalah satu menggantikan laptop Compaq aku ni. Boleh tak?
Share: