Thursday, April 25, 2013

Universal Studio Singapore - Trip Kami

Bulan lepas aku dan famili berkunjung ke Universal Studio Singapore. Kami sekeluarga hanya ber'backpacking' dan sempat bermalam di sebuah hotel bajet di sana. Ini adalah lanjutan perancangan asal kenapa kami buat passport pada bulan sebelumnya. Boleh baca kisah tu disini.


Kami ke sana menggunakan laluan udara sebab nak cepat sampai dan tak sanggup nak memandu jauh-jauh daripada Klang ke Johor. Sejam penerbangan daripada LCCT Sepang sehinggalah ke Changi Airport, kalau naik kereta aku rasa mahu ambik 4-5 jam barangkali.


Untuk dapatkan panduan jika nak ke USS ni seelokeloknya buat research banyak-banyak, sebab banyak kekurangan yang aku alami sepanjang trip kami ini. Lebih afdal jika baca blog-blog yang boleh memberikan secara terperinci panduan dan cara-cara berjimat jika mahu ke sini.

Cuma nasihat aku adalah:

  • Bersedia untuk banyak berjalan kaki. Memang penat bagi golongan warga emas.
  • Bersedia untuk beratur panjang. Banyak masa akan terbuang.
  • Bersedia dengan kamera sepanjang masa. Watak-watak animasi ni kadang-kadang keluar sekejap-sekejap. Siapa cepat dia dapat la bergambar.

Sungguhpun begitu aku dan keluarga berasa sangat gembira walaupun banyak Ringgit Malaysia yang dikorbankan untuk tujuan ini

Tapi ianya berbaloi, sangat berbaloi.

Share:

Keputusan Perlumbaan MotoGP Americas - Pusingan Kedua

Pusingan kedua perlumbaan MotoGP berlangsung pada ahad lepas 21 April 2013 di Sirkit of Americas. Keputusan akhir bagi kategori MotoGP adalah seperti berikut:


Bagi keputusan Moto2 pula, keputusan 10 teratas adalah seperti berikut:


Manakala keputusan bagi Moto3 pula adalah seperti berikut:


Pelumba kebanggan negara kita Zulfahmi Kahiruddin bermula pada petak ke-12 dan menyudahkan perlumbaan pada kedudukan ke-7 daripada 23 pelumba.

Pelumba Moto3 ini perlu membuat 17 pusingan sirkit tetapi terpaksa dihentikan sementara pada pusingan ke-12 akibat satu kemalangan berat yang berlaku kepada Jasper Iwema sehingga terpaksa dihantar ke hospital. Baki 5 pusingan itu akhirnya diteruskan sejurus selepas insiden itu selesai.


Keputusan yang masih baik kerana masih berupaya mengumpulkan 9 mata bagi dirinya. Ini bermakna secara keseluruhannya selepas 2 pusingan (pusing pertama di QATAR) mata yang dikumpul adalah seperti berikut:


Pusingan seterusnya akan berlangsungpada 5 Mei 2013 di Sirkit Jerez, Sepanyol. Jangan lupa 5 Mei tu tarikh mengundi untuk PRU-13 ni.

Undi jangan tak undi.
Share:

Wednesday, April 10, 2013

Keputusan Perlumbaan MotoGP Qatar - Pusingan Pertama

Pada 7 April lepas perlumbaan pertama musim 2013 MotoGP telah pun bermula. Perlumbaan berlangsung di Sirkit Loasil di Qatar dan keputusan perlumbaan adalah seperti berikut:


Bagi keputusan Moto2 pula, 10 pelumba teratas adalah seperti berikut:


Dan, bagi keputusan Moto3 pula adalah seperti berikut:


Pelumba negara kita Zulfahmi Khairuddin berjaya menduduki tempat ke-6 dan dia memulakan perlumbaan pada kedudukan ke-11 daripada 31 pelumba. Klik untuk baca kisah Zulfahmi Khairuddin pada tahun lepas.

Zulfahmi menamatkan 18 pusingan ini pada tempat ke-6 dan ini bermakna 10 mata sudah dikutip bagi dirinya. Syabas dan ianya satu permulaan yang sangat positif. 

Aksi Zulfahmi di Sirkit Losail, Qatar
Litar seterusnya adalah di Sirkit Americas pada 21 April 2013 ini. 
Share:

Tuesday, April 9, 2013

Siap 1 Jam Selepas Bayaran


Passport Antarabangsa lah!

Selepas bertahun-tahun akhirnya barulah aku berkesempatan untuk buat passport antarabangsa. Itupun disebabkan aku sekeluarga dah merancang nak berjalan-jalan ke luar negara.

So, 18 mac 2013 yang lepas aku keluar ke bandar Raub untuk buat passport dengan kos RM100 sahaja.


Share: