Tuesday, April 9, 2013

Siap 1 Jam Selepas Bayaran


Passport Antarabangsa lah!

Selepas bertahun-tahun akhirnya barulah aku berkesempatan untuk buat passport antarabangsa. Itupun disebabkan aku sekeluarga dah merancang nak berjalan-jalan ke luar negara.

So, 18 mac 2013 yang lepas aku keluar ke bandar Raub untuk buat passport dengan kos RM100 sahaja.


Makanya, aku pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Raub untuk urusan passport tersebut. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan maklumat yang baca di internet seeloknya siapkan awal-awal dahulu keperluan yang berikut:

1. 4 keping gambar ukuran passport
2. 1 salinan kad pengenalan.
3. RM100 untuk tempoh 2 tahun.

Kawan-kawan aku juga bagitau lepas buat passport tu kena tunggu dalam seminggu baru dapat passport tu. Tapi berdasarkan banting yang diletakkan di dalam pejabat imigresen tu aku yakin bahawa passport aku tu dapat disiapkan dalam masa sejam sahaja.

Satu jam sahaja bro!


Kan betul, sekejap je dah siap. Sejam tu sekejap saja kalau nak dibandingkan dengan seminggu kan?


Universal Studio Singapore, here I come!
Share: