Tuesday, May 28, 2013

Bodoh Betul.

Taman rekreasi di Taman Tasik Raub ini tempat guna sama orang ramai datang untuk beriadah, bersantai dan banyak lagi. Kalau petang-petang memang ramai orang yang datang ke tempat begini. Terutamanya untuk berjogging dan bersenam.



Aku memang biasa pergi ke tempat rekreasi ni, terutamanya untuk berjogging. Di sini ada trek jogging mengelilingi tasik dan terdapat juga beberapa peralatan bersenam. Memang meriah tempat ni.

Tambahan pula waktu cuti sekolah macam sekarang ni memang tak putus-putus orang yang datang. Memang luar biasa ramainya daripada waktu hari-hari yang sebelumnya. 

Cuma hari ini aku agak bengang sikit dengan beberapa orang yang datang ke sini. Sebabnya selepas beberapa pusingan aku jogging biasanya aku akan buat beberapa aktivit senaman di situ, tapi mereka ni guna peralatan tu untuk buat tempat lepak pulak. Bodoh betul.

Dah puas hint aku bagi, tapi macam tak reti-reti nak bangun dari tempat tu. Kalau sekadar nak lepak-lepak eloklah pergi duduk di pondok tu. Agak-agaklah kalau nak lepak pun, ini bukan pasaraya tempat lepak lama-lama.

Nampaknya aku terpaksalah tegur diorang ni. Bukan niat nak menghalau tapi takkan tiada perasaan langsung pada orang yang mundar-mandir kat situ. Lepas diorang bangun barulah ramai yang boleh guna peralatan tu. 

Selepas ditegur, boleh pula buat memek muka macam tak puas hati! Nak je aku 'sound' diorang tu tapi aku anggap diorang ni budak-budak je dan malas nak layan sangat. 

Jadi nasihat aku pada semua agar prihatinlah sedikit dengan keadaan sekeliling, guna akal tu serta  fikir baik-baik dan bila ditegur apabila buat salah maka terimalah dengan hati yang redha. Jangan tarik muka, sebab nampak sangat kebodohannya disitu.
Share:

Tuesday, May 21, 2013

iPad Mini Yang Best

Beberapa bulan lepas aku ada membuat artikel berkaitan tablet. Memang banyak tablet yang ada di pasaran sekarang. Dan aku masih berpegang kepada ideologi penggunaan komputer lebih mudah dan sesuai berbanding dengan penggunaan tablet ini.

Tapi selepas beberapa ketika, aku terpengaruh jua dek kerana terlalu banyak tablet yang berada di sekeliling. Tambahan pula dengan peningkatan teknologi memudahkan tablet ini membuat banyak perkara seperti kemudahan bersosial dan juga aplikasi yang sangat memberi faedah.

Akhirnya aku memilih iPad mini.



Aku sendiri pun tak pasti kenapa aku memilih iPad mini ini berbanding dengan tablet android yang lain. Mungkin selepas terlalu kerap menggunakan tablet android milik isteri dan anakku maka aku rasa lebih selesa menggunakan produk Apple ni.

Dan memang tidak salah pilihan aku. Memang iPad mini ini lebih user-friendly kepada aku. Dengan saiz skrinnya 7.9 inci ia memang sangat selesa di genggamanku. Dengan kamera 5MP di belakang memberikan gambar yang sangat berkualiti membuatkan aku kerap ambil gambar menggunakannya berbanding dengan telefon bimbitku sendiri.

Jangan salah faham, aku tidak berpihak kepada mana-mana OS. Tak kira sama ada Apple ataupun Android jika aku rasa produk mereka bagus maka aku akan gunakannya. 

Tambahan pula dengan aplikasi-aplikasi yang ditawarkan memang sangat berkualiti. Buat masa aku aku terlalu asyik dengan aplikasi Paper dan Sketchbookx. Aku turut membuat belian secara online untuk menggunakan beberapa tools dalam aplikasi tersebut. Beberapa hasil tangan aku boleh dilihat di  Tumblr 'mostlybyme'. 

Entri ini juga di buat dengan menggunakan aplikasi Blog untuk iPad. Untuk harga iPad mini ini boleh rujuk laman web ataupun di mana-mana outlet yang menjualnya. Apa yang aku boleh katakan harganya memang agak mahal berbanding dengan tablet yang hampir sama saiz dengannya. 

Jadi, harapnya selepas ini aku makin akan dapat lebih kerap update blog ini menggunakan iPad mini ini.

Salam.
Share:

Wednesday, May 8, 2013

Panduan Buat Lelaki Buncit

Artikel ni aku cedok daripada FOXNEWS dalam segmen kesihatan. Tujuan aku nak berkongsi disini sebabnya adalah supaya semua lelaki ambil tahu memang ada cara lain untuk kurus selain daripada buat senaman di gym sampai berpeluh-peluh tu.  

Berpandukan dengan artikel yang aku baca, masalah buncit ini merupakan tanda-tanda awal kepada banyak masalah kesihatan. Setakat 'sit-up' sahaja tidak mencukupi. 

Lagi satu, hilangnya tahap macho seorang lelaki itu adalah apabila baju yang dipakai nampak ketat di bahagian perut dan menunjukkan bentuk 'muffin' pada bahagian pinggang. AKu tahu, sebab ramai orang lelaki keliling aku macam ni.


Penambahan berat badan terutamanya pada bahagian perut adalah berpunca daripada tahap 'cortisol' iaitu tahap hormon stress adalah terlalu tinggi dan ianya sangat merbahaya. Usia juga menjadi faktor yang tak boleh dihalang. Semakin meningkat usia maknanya semakin kurang tahap upaya sistem badan untuk mengelakkan masalah buncit ini.
Share: