Tuesday, May 28, 2013

Bodoh Betul.

Taman rekreasi di Taman Tasik Raub ini tempat guna sama orang ramai datang untuk beriadah, bersantai dan banyak lagi. Kalau petang-petang memang ramai orang yang datang ke tempat begini. Terutamanya untuk berjogging dan bersenam.



Aku memang biasa pergi ke tempat rekreasi ni, terutamanya untuk berjogging. Di sini ada trek jogging mengelilingi tasik dan terdapat juga beberapa peralatan bersenam. Memang meriah tempat ni.

Tambahan pula waktu cuti sekolah macam sekarang ni memang tak putus-putus orang yang datang. Memang luar biasa ramainya daripada waktu hari-hari yang sebelumnya. 

Cuma hari ini aku agak bengang sikit dengan beberapa orang yang datang ke sini. Sebabnya selepas beberapa pusingan aku jogging biasanya aku akan buat beberapa aktivit senaman di situ, tapi mereka ni guna peralatan tu untuk buat tempat lepak pulak. Bodoh betul.

Dah puas hint aku bagi, tapi macam tak reti-reti nak bangun dari tempat tu. Kalau sekadar nak lepak-lepak eloklah pergi duduk di pondok tu. Agak-agaklah kalau nak lepak pun, ini bukan pasaraya tempat lepak lama-lama.

Nampaknya aku terpaksalah tegur diorang ni. Bukan niat nak menghalau tapi takkan tiada perasaan langsung pada orang yang mundar-mandir kat situ. Lepas diorang bangun barulah ramai yang boleh guna peralatan tu. 

Selepas ditegur, boleh pula buat memek muka macam tak puas hati! Nak je aku 'sound' diorang tu tapi aku anggap diorang ni budak-budak je dan malas nak layan sangat. 

Jadi nasihat aku pada semua agar prihatinlah sedikit dengan keadaan sekeliling, guna akal tu serta  fikir baik-baik dan bila ditegur apabila buat salah maka terimalah dengan hati yang redha. Jangan tarik muka, sebab nampak sangat kebodohannya disitu.
Share: