Tuesday, May 21, 2013

iPad Mini Yang Best

Beberapa bulan lepas aku ada membuat artikel berkaitan tablet. Memang banyak tablet yang ada di pasaran sekarang. Dan aku masih berpegang kepada ideologi penggunaan komputer lebih mudah dan sesuai berbanding dengan penggunaan tablet ini.

Tapi selepas beberapa ketika, aku terpengaruh jua dek kerana terlalu banyak tablet yang berada di sekeliling. Tambahan pula dengan peningkatan teknologi memudahkan tablet ini membuat banyak perkara seperti kemudahan bersosial dan juga aplikasi yang sangat memberi faedah.

Akhirnya aku memilih iPad mini.



Aku sendiri pun tak pasti kenapa aku memilih iPad mini ini berbanding dengan tablet android yang lain. Mungkin selepas terlalu kerap menggunakan tablet android milik isteri dan anakku maka aku rasa lebih selesa menggunakan produk Apple ni.

Dan memang tidak salah pilihan aku. Memang iPad mini ini lebih user-friendly kepada aku. Dengan saiz skrinnya 7.9 inci ia memang sangat selesa di genggamanku. Dengan kamera 5MP di belakang memberikan gambar yang sangat berkualiti membuatkan aku kerap ambil gambar menggunakannya berbanding dengan telefon bimbitku sendiri.

Jangan salah faham, aku tidak berpihak kepada mana-mana OS. Tak kira sama ada Apple ataupun Android jika aku rasa produk mereka bagus maka aku akan gunakannya. 

Tambahan pula dengan aplikasi-aplikasi yang ditawarkan memang sangat berkualiti. Buat masa aku aku terlalu asyik dengan aplikasi Paper dan Sketchbookx. Aku turut membuat belian secara online untuk menggunakan beberapa tools dalam aplikasi tersebut. Beberapa hasil tangan aku boleh dilihat di  Tumblr 'mostlybyme'. 

Entri ini juga di buat dengan menggunakan aplikasi Blog untuk iPad. Untuk harga iPad mini ini boleh rujuk laman web ataupun di mana-mana outlet yang menjualnya. Apa yang aku boleh katakan harganya memang agak mahal berbanding dengan tablet yang hampir sama saiz dengannya. 

Jadi, harapnya selepas ini aku makin akan dapat lebih kerap update blog ini menggunakan iPad mini ini.

Salam.
Share: