Wednesday, May 8, 2013

Panduan Buat Lelaki Buncit

Artikel ni aku cedok daripada FOXNEWS dalam segmen kesihatan. Tujuan aku nak berkongsi disini sebabnya adalah supaya semua lelaki ambil tahu memang ada cara lain untuk kurus selain daripada buat senaman di gym sampai berpeluh-peluh tu.  

Berpandukan dengan artikel yang aku baca, masalah buncit ini merupakan tanda-tanda awal kepada banyak masalah kesihatan. Setakat 'sit-up' sahaja tidak mencukupi. 

Lagi satu, hilangnya tahap macho seorang lelaki itu adalah apabila baju yang dipakai nampak ketat di bahagian perut dan menunjukkan bentuk 'muffin' pada bahagian pinggang. AKu tahu, sebab ramai orang lelaki keliling aku macam ni.


Penambahan berat badan terutamanya pada bahagian perut adalah berpunca daripada tahap 'cortisol' iaitu tahap hormon stress adalah terlalu tinggi dan ianya sangat merbahaya. Usia juga menjadi faktor yang tak boleh dihalang. Semakin meningkat usia maknanya semakin kurang tahap upaya sistem badan untuk mengelakkan masalah buncit ini.

Selain daripada diet dan senaman yang konsisten, ada beberapa perubahan tabiat yang patut kita buat untuk mengurangkan saiz pada pinggang. Antaranya adalah:
  • Jangan Abaikan Waktu Makan
Mengelakkan makan apabila waktu makan boleh menjadikan perut akan menjadi semakin bulat. Ini kerana apabila kita tinggalkan makanan, badan akan menaikkan tahap kortisol serta meningkatkan tahap ketagihan dan seterusnya menyimpan lemak terutamanya di bahagian abdomen. Ambil sedikit makanan sudah mencukupi dan lebih baik daripada tak ambil langsung.
  • Elakkan Ambil Manisan Berlebihan
Pengambilan manisan yang terlalu banyak dan ianya akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Terutamanya air berkarbonat dan coklat.

  • Tidur Yang Cukup
Kajian menunjukkan tidur yang tidak berkualiti boleh menjurus kepada kenaikan berat badan, ketgaihan dan juga risiko serangan sakit jantung dan juga dibetes. Dapatkan tidur yang cukup adalah cara yang paling senang untuk dapatkan badan yang sihat dan kuat.
  • Rileks
Kortisol adalah homon stress. Pastikan badan mendapat rehat dan berada dalam mode 'rileks'  sebabnya kita tak mahu hormon stress ini datang. Tekanan kerja dan kesesakan di jalanraya juga boleh mendatangkan stress. So, banyak-banyaklah bersabar ye.

Selamat beramal.
Share: