Tuesday, June 25, 2013

Apabila Jerebu Melanda Pusat Serenti

Semua orang tahu apa itu Pusat Serenti. Walaupun sudah bertahun pusat serenti ini bertukar imej dan nama, namun panggilan pusat serenti itu seakan sudah sebati di dalam diri masyarakat kita. 

Sekarang ianya lebih dikenali sebagai CCRC, iaitu ringkasan kepada 'Cure and Care, Rehabilitation Centre'. Fungsinya masih sama seperti dahulu iaitu memberikan program kepulihan kepada pengguna dadah ini agar pulih daripada sebarang bentuk penagihan dan juga mencegah mereka daripada terlibat dengannya.

Terima kasih kepada negara jiran kita kini kini masalah jerebu melanda negara,  pada asalnya dijangkakan bahawa hanya negeri-negeri di pantai barat sahaja yang akan mendapat tempiasnya tetapi kini melarat sampai ke negeri pantai timur. Pahang juga tidak terkecuali.

Bandar Raub yang jauh diceruk Pahang ini juga terjejas teruk. Mungkin Indeks Pencemaran Udaranya tidak seteruk pencemaran udara di Johor, Melaka, dan Selangor namun bahayanya tetap sama. 

CCRC Raub nampaknya tidak sekebal mana, lokasi di dalam ladang getah di hujung kampung belum mampu menahan asap jerebu yang datangnya nun jauh dari negara Indonesia. 

Dek kerana inilah semua penghuni terpaksa dibekalkan topeng mulut dan hidung bagi menjaga kesihatan mereka. Walaupun secara teknikalnya mereka masuk ke CCRC ini disebabkan pengambilan dadah. Sangatlah sarkastik.


Jika nak tahu program dan aktiviti penghuni di CCRC Raub ini, bolehlah singgah di:


Share:

Wednesday, June 19, 2013

Cara Terbaik Kumpul Kenangan Lama

Album gambar adalah contoh yang paling klasik untuk kita kumpul kenangan-kenangan menggunakan gambar-gambar. Aku yakin semua orang mempunyai album gambar sebegini. Album gambar ini mudah diuruskan kerana gambar-gambar di dalamnya boleh dikeluarkan dan dimasukkan sesuka hati kita.



Cuma masalahnya adalah apabila menggunakan album gambar ini, gambar tersebut kadangkala boleh terkeluar dari ruangannya dan mungkin di ambil orang lain tanpa pengetahuan kita.

Untuk mengatasi masalah ini, aku menggunakan photobook daripada UPrint.

Masuk kali ini, sudah 3 buah photobook yang aku terbitkan. Photobook yang terbaru aku buat adala seperti gambar di atas. Untuk pengetahuan, photobook ini sama seperti mana-mana album gambar yang kita selalu dapat apabila cuci gambar di kedai-kedai. Cuma bezanya photobook ini diterbitkan menyerupai sebuah buku dan isi kandungannya adalah gambar-gambar yang kita sendiri pilih dan susun.

Aku suka guna photobook seperti ini sebabnya bagi sebuah photobook yang aku buat, aku akan kategorikan mengikut event tertentu. Contohnya aku pernah keluarkan sebuah photobook untuk perkahwinan kakak ipar pada 3 tahun yang lepas. Itu adalah percubaan aku yang pertama dan yang kedua pula adalah photobook berkisar hal anak menyertai program berkhatan mengikut tradisi kampung beramai-ramai.

Kalau kita kreatif, kita boleh susun sendiri setiap ruang gambar mengikut saiz atau kedudukan gambar di dalam photobook tersebut. Lepas ini tiada lagi masalah gambar tercicir ataupun hilang dari soketnya. 



Kalau nak tau proses yang terbabit waktu aku terbitkan buku ini, kalian boleh singgah di blog 'mostlybyme.wordpress.com'. Dalam blog itu aku telah terangkan semua yang kalian patut tahu kalau berminat untuk keluarkan photobook sendiri.

Selamat mencuba.





Share:

Thursday, June 13, 2013

Pencemaran Bahan Kimia Sianida di Raub

Petang yang lepas, aku di datangi oleh beberapa orang daripada jabatan kesihatan Raub di rumahku. Kebetulan pada petang tu aku tidak kerana-mana. Biasanya aku dah keluar untuk berjogging dan pergi main badminton bersama dengan rakan-rakan.

Alkisahnya, mereka ni datang sebabnya nak buat kaji selidik dan temuduga berkaitan dengan pencemaran di sekitar bandar Raub ni. 

Hairan juga aku dibuatnya, dah bertahun-tahun aku duduk disini ini kali pertama ada temuduga pasal pencemaran macam ini. Ini macam dah jadi kes besar agaknya.

Memang tak silaplah tekaan aku. Di kawasan persekitaran Raub ini sudah disyaki berlakunya pencemaran bahan kimia iaitu 'sianida' ataupun 'cyanide'. Kalau rajin boleh baca pasal 'Keracunan Cyanide'. Ini semua berpunca daripada penggunaannya di kawasan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Lombong emas ini sudah lama beroperasi pun, tapi baru sekarang timbul isu macam ini.


Isu ni mula jadi panas selepas Pilihanraya yang lepas. Terdapat aduan daripada penduduk disini yang sudah merasakan kesan sampingan daripada bahan kimia tersebut. Adun yang memenangi kerusi di kawasan ini berjanji untuk mengambil tindakan mengatasi masalah ini. 

Aku harapkan yang terbaik.

Semasa ditemuduga oleh wakil jabatan kesihatan tersebut aku bukan sekadar menjawab soalan-soalan sahaja, malah siap ada diambil sampel darah dan sampel air kencing untuk diperiksa. Sayangnya keputusan ujian sampel tersebut tidak aku ketahui kerana ia mengambil masa untuk dianalisis. Aku masih sihat dan tidak dijangkiti hendaknya.

Harapan aku semoga pencemaran bahan kimia 'sianida' ini dapat dibendung oleh pihak yang berwajib dan kekalkan tahap keharmonian penduduk di pekan Raub yang sekangkang kera ini.

Salam.
Share:

Thursday, June 6, 2013

Kedai ekzos kereta di Klang

Kereta aku dah lama mengeluarkan bunyian yang sangat bising sejak setahun yang lepas. Ini tiada kaitan dengan enjin tetapi adalah disebabkan dek ekzosnya yang dah bocor.

Niat nak membaikinya memang dah lama tersirat di dalam hati, cuma aku masih tak jumpa kedai yang boleh baiki ekzos ini. Kalau di area Bukit Tinggi ataupun Andalas memang tiada kedai sebegini, dan aku terpaksa pergi sampai ke Taman Sentosa. Kalau ekzosnya tak boleh dibaiki, tukar baru pun aku tak kisah.


Nah, kedai ni betul-betul di bahagian kiri jalan raya bersetentang dengan Public Bank. Kalau tak fokus memang boleh terlepas kedai ni. Nampak tak tulisan 'Pakar Ekzos' tu! Ha! Jangan main-main. Dalam kedai ni banyak juga ekzos yang bergantungan dan pelbagai pilihan yang ada kalau bercita-cita nak pasang kat kereta korang.


Akhirnya kereta ni masuk 'Operation room' dan apa yang mengagumkan aku adalah mekaniknya adalah seorang 'bangladeshi' yang sangat-sangat berbeza dengan mana-mana mamat Bangla yang pernah aku jumpa di muka bumi ini. Inilah first time aku jumpa Bangla yang buat kerja mekanik tahap profesional macam ni.

Mamat ni memang sangat pakar pasal baiki kereta ni, memang wajar la dengan papan tanda kedai ni iaitu 'Pakar Ekzos'.


Selepas 10 tahun 6 bulan akhirnya ekzos ini terpaksa dikuburkan dan digantikan dengan pengganti yang lebih moden fizikalnya. Banyak juga bocornya ekzos ni.


Bajet pun masih ok sebab harga ekzos dan upah kerja tak sampai RM200 pun. Di kedai ni hanya aku saja yang ada pada pagi tersebut maka cepat sikitlah kerja tukar ekzos ni.

Kalah nak tahu kedai ni boleh rujuk map di bawah.



Share:

Tuesday, June 4, 2013

Moto3 pusingan ke-3, ke-4 dan ke-5

Pusingan ke-3 Moto3 telah berlangsung di Gran Premio bwin de Espana -Sirkit Jerez dan Zulfahmi berjaya mendapat kedudukan ke-7 selepas bermula pada grid ke-11. ini bermakna 9 mata telah dapat kumpul olehnya.


Pusingan ke-4 Moto3 berlangsung di Monster Energy Grand Prix de France dan pusingan ke-5 pula berlangsung di Gran Premio d'Italia TIM - Mugello Sirkit. Pada kedua-dua perlumbaan tersebut nampaknya nasib pelumba kebangsaan Zulfahmi Kamarudin masih tidak berubah seperti perlumbaan yang sebelumnya. 

Malah lebih teruk pada pusingan ke-4 yang lepas apabila Zulfahmi langsung tidak dapat menamatkan perlumbaan dek kerana terbabit dengan kemalangan pada pusingan ke-19. Tiada mata untuknya bagi pusingan ke-3 ini. Kesian dia.

Tapi pada pusingan ke-5 pula, dia menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 apabila bermula daripada grid ke-18. Boleh tahan juga potensi budak seorang ni. Kedudukan ke-11 bermakna 5 mata lagi buat dirinya.


Selepas 5 perlumbaan, 33 mata telah dikumpul oleh Zulfahmi dan berkedudukan ke-8 secara keseluruhan seperti gambar berikut:

Semoga berjaya dan terus berjaya buat Zulfahmi, jangan risau masih ada 13 lagi perlumbaan yang tinggal bagi musim 2013/2014 ini. 
Share: