Thursday, June 13, 2013

Pencemaran Bahan Kimia Sianida di Raub

Petang yang lepas, aku di datangi oleh beberapa orang daripada jabatan kesihatan Raub di rumahku. Kebetulan pada petang tu aku tidak kerana-mana. Biasanya aku dah keluar untuk berjogging dan pergi main badminton bersama dengan rakan-rakan.

Alkisahnya, mereka ni datang sebabnya nak buat kaji selidik dan temuduga berkaitan dengan pencemaran di sekitar bandar Raub ni. 

Hairan juga aku dibuatnya, dah bertahun-tahun aku duduk disini ini kali pertama ada temuduga pasal pencemaran macam ini. Ini macam dah jadi kes besar agaknya.

Memang tak silaplah tekaan aku. Di kawasan persekitaran Raub ini sudah disyaki berlakunya pencemaran bahan kimia iaitu 'sianida' ataupun 'cyanide'. Kalau rajin boleh baca pasal 'Keracunan Cyanide'. Ini semua berpunca daripada penggunaannya di kawasan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Lombong emas ini sudah lama beroperasi pun, tapi baru sekarang timbul isu macam ini.


Isu ni mula jadi panas selepas Pilihanraya yang lepas. Terdapat aduan daripada penduduk disini yang sudah merasakan kesan sampingan daripada bahan kimia tersebut. Adun yang memenangi kerusi di kawasan ini berjanji untuk mengambil tindakan mengatasi masalah ini. 

Aku harapkan yang terbaik.

Semasa ditemuduga oleh wakil jabatan kesihatan tersebut aku bukan sekadar menjawab soalan-soalan sahaja, malah siap ada diambil sampel darah dan sampel air kencing untuk diperiksa. Sayangnya keputusan ujian sampel tersebut tidak aku ketahui kerana ia mengambil masa untuk dianalisis. Aku masih sihat dan tidak dijangkiti hendaknya.

Harapan aku semoga pencemaran bahan kimia 'sianida' ini dapat dibendung oleh pihak yang berwajib dan kekalkan tahap keharmonian penduduk di pekan Raub yang sekangkang kera ini.

Salam.
Share: