Monday, July 8, 2013

Kenapa Blog Tak Laku

Ramai yang ingat senang nak jadi blogger. Buat 2-3 perenggan ayat, letak gambar dan tekan 'publish'.
Sudah siap satu entri untuk hari ini. Mudah kan? 

Tapi menarik ke entri itu untuk di baca?

Bukan senang nak tarik orang datang baca penulisan yang kita buat dalam blog. Biasanya tak ramai orang yang akan singgah dan baca tulisan kita, kecuali jika blog kita dalam kategori di bawah:

Blogger artis ataupun selebriti

Tulislah apa sahaja, pasti akan ada yang membacanya dan memberi komen. Walaupun isinya entah apa-apa. Itu tak kisah sebab itu kelebihan menjadi selebriti terkenal. Apa yang dibuat artis ini di masa lapang dianggap penting oleh pembaca setianya. I.e 'follower'. 

Blogger perempuan comel.

Blog awek-awek yang comel, ayu dan ala-ala artis pun tiada masalah nak tarik pembaca. Malah mungkin sudah ada yang subscribe rss untuk tak ketinggalan membaca entri yang baharu. Kadang-kadang cerita pasal charger telefon rosak pun dapat sambutan hangat. Nama blogger macam Irine Nadia MarcelloFatin LiyanaHanisah HasbullahEngku Sulwani dah memang ramai kenal sebab tahap cun mereka terlalu ridiculousPfftttt...

Blog yang cerita pasal buat duit guna blog.

Blog macam ni paling kerap dapat sambutan di Malaysia. Google sahaja pasal SEO mana-mana blog, pasti berderet komen dan ulasan yang diberikan pembaca. Tujuannya senang, secara teorinya kalau banyak pelawat yang singgah di blog maka banyak duit akan berduyun-duyun masuk melalui iklan. 

Macam-macam tips ada diberikan untuk menjana kewangan melalui blog. Contohnya seperti guna perkhidmatan iklan, affiliate, ebook, dan online business. Aku akui aku juga pernah baca blog yang tayang pendapatan daripada iklan Nuffnang di blog mereka. Bagus sebabnya ini motivasi bagi para blogger yang lain. Contohnya:

Blog Politik

Tak payah cerita pasal blog macam ini, semua orang dah tahu.

Tapi jika kita tidak mempunyai ciri-ciri di atas maka penulisan di dalam blog biasanya agak tak laku dibaca umum. Ini realiti, agak-agak sejujurnya ada ke sesiapa kisah jika kita cerita pasal penat bekerja seharian di pejabat ataupun cerita pasal tersangkut di dalam kesesakan jalanraya?

Aku tahu sebab aku juga pembaca blog. 

Share: