Monday, October 28, 2013

Jemu dengan smartphone android

Kembali kepada windows phone.

Aku memiliki smartphone berjenama Lenovo model K900 dengan OS android 4.2. Telefon ini aku beli pada bulan puasa yang lepas dengan harga lebih kurang RM1.4K.  Walaupun dengan specs yang sangat baik berbanding telefon sebelum ini, tapi aku masih kecewa sebenarnya.

Menggantikan windows phone yang aku guna dengan android bukanlah langkah yang bijak sebenarnya.

Pada asalnya aku teruja dengan skrin yang besar, Lenovo K900 memiliki skrin bersaiz 5.5 inci. Berbanding dengan Nokia Lumia 610 yang hanya 3.7 inci. Kepuasan menggunakan skrin besar memang jauh lebih baik tambahan pula dengan kamera 13MP menambahkan keterujaan aku. Gambar-gambar yang diambil memang cantik dan tidak ada cacat celanya.


semak samun depan rumah sendiri
Tapi aku bukan heavy user untuk smartphone, aku tak peduli pasal games ataupun menonton filem mahupun menggunakan aplikasi yang berat-berat.  Aku tak punya masa yang banyak untuk itu semua.

Memadai sekadar untuk aku buat panggilan, emel, snap sekeping dua gambar, melayari internet dan bersosial networking dan kadangkala menonton YouTube.  Kalau untuk urusan yang lain aku lebih selesa menggunakan laptop.

Aku meninggalkan Nokia Lumia 610 adalah kerana ianya adalah windows phone terburuk pernah aku jumpa. Dengan RAM hanya 125MB dan tahap lagging yang sangat tak diterima akal maka aku switch kepada android.

Aku silap, sepatutnya aku pergi kepada model windows phone yang lebih baik dan bukannya kepada android. Jangan salah faham, aku masih suka kepada android 4.2 ini cuma aku LEBIH suka guna windows phone.

Tambahan pula Nokia sudah keluarkan phablet Lumia 1520, dengan skrin bersaiz 6 inci ia lebih besar daripada apa yang aku guna sekarang. 

Just exactly what i need.

Boleh mula menabung untuk tukar balik kepada windows phone 8.

Share: