Tuesday, January 28, 2014

Berapa Banyak Wang Saya Patut Simpan Setiap Bulan?


Nilai RM1 untuk aku tak sama nilainya dengan satu ringgit orang lain. Orang yang banyak kekangan kewangan macam aku akan merasa betapa tingginya nilai satu ringgit itu kalau dibandingkan dengan orang-orang kaya kat luar sana.
Pakar-pakar kewangan telah menetapkan 10% daripada pendapatan bulanan adalah nilai yang sepatutnya semua orang tolak untuk disimpan. Ia adalah cara yang paling mudah untuk dimulakan. Contohnya: 10% daripada RM1000 = RM100, 
Satu lagi cara yang biasa kalau nak tahu samada duit yang kita simpan tu cukup ataupun tak adalah dengan menunggu sehingga waktu kritikal nak guna duit. Andaikanlah, tiba-tiba kita nak kena jalani pembedahan disebabkan penyakit buah pinggang agak-agak cukup tak duit dalam simpanan kita tu?

Sebaik sahaja kita mula menyimpan wang, kita perlu letakkan tujuan dan 'time frame' untuk jumlah yang dijangka tercapai. Contohnya berapa bulankah duit yang kita perlu simpan untuk mencukupi perkara-perkara dibawah:

  • Deposit membeli kereta baru sebanyak RM6000
  • Simpanan kecemasan sebanyak RM5000
Perkiraan:
  • Andaikata dengan menyimpan RM100 sebulan maka dalam 5 tahun simpanan kita telah mencecah RM6000. Dan ia mungkin cukup untuk dibuat deposit membeli kereta baru dan juga simpanan kecemasan.

Cuma perlu diingat, tujuan menyimpan adalah untuk kegunaan pada masa depan sahaja dan bukannya untuk tempoh 2-3 bulan. Kalau nak duit cepat elok buat pinjaman bank sahaja.

Sekian.

Artikel berkaitan:

Share: