Tuesday, January 7, 2014

Photobook Cuti Sekolah 2013

Selamat datang Tahun 2014. 

Dalam bulan Januari ni aku bercadang untuk membukukan semua gambar-gambar aktiviti sepanjang musim cuti sekolah lepas. Ini adalah kali ke-4 aku terlibat dalam projek membukukan gambar-gambar untuk simpanan sendiri. Boleh rujuk entri pasal Photobok yang lepas di 'Cara Terbaik Kumpul Kenangan Lama'.

Kebanyakan gambar masih dalam bentuk digital, dan aku tak bercadang nak hantar cuci di kedai. Masih ada lagi ke yang hantar cuci gambar di kedai pun aku tak pasti lagi. Zaman sekarang ini elok kita jadikan buku terus, lagi senang disimpan untuk kenang-kenangan.

Cuti sekolah yang lepas aku dan famili sempat bercuti ke Sabah, pergi shopping buku di Jualan Buku Big Bad Wolf dan sempat juga pergi mandi air terjun di Pulau Chekas Pahang. 

Kami tiba awal, masih tiada orang disini

kalau datang sini gerenti terhasut untuk beli banyak buku

takde motif kenapa rumah ini dibuat terbalik

Kalau nak diceritakan pun aku tak tahu nak mula macam mana, jadi melalui gambar ini sahaja bukti aktiviti yang kami buat.

Gambar-gambar yang lain akan dimasukkan ke dalam 'photobook' ini nanti.
Share: