Monday, January 20, 2014

Saya Ketagihan Gula

Ya, memang aku sebenarnya ketagihan gula. Setiap minuman yang aku minum perlu mempunyai kemanisan walaupun tidak terlalu manis, asalkan ada gula.

Jangan samakan ketagihan aku ni macam ketagihan dadah atau pun rokok. Walaupun ketagihan aku ini tidak elok untuk kesihatan sekurang-kurangnya ia tidak sampai menyalahi agama.

Selepas sedikit research yang aku buat, rupanya otak kita memproses ketagihan gula ini sama seperti ia memproses ketagihan terhadap dadah dan juga nikotin. Ini adalah kerja saraf 'DOPAMINE' yang memberikan rangsangan kesedapan, keseronokan dan juga ketagihan terhadap sesuatu yang kita rasa. 

Saraf DOPAMINE ni berada di sekeliling otak kita, maka pengambilan dadah seperti heroin akan merangsang saraf ini melebihi rangsangan yang dikeluarkan berbanding dengan pengambilan gula. 

Justeru, gula juga memberikan ketagihan jika tidak dikawal pengambilannya. Kalau diambil secara berterusan maka badan akan jadi imun terhadap gula dan mewujudkan rasa ketagihan terhadap gula. Kesan ini jika berterusan akan menjurus pada pertambahan berat badan terutamanya di kawasan pinggang.

Ya, buncit. Kalau tak faham juga elok tengok je video ini. Harap-harap kalian faham.

Share: