Wednesday, February 26, 2014

Design Logo Baju Untuk Konvoi Motorsikal

Dah lama aku tak usik program GIMP dalam laptop aku tu. Sebabnya aku semakin kurang dorongan nak buat pengeditan imej lagi. 

GIMP ni adalah program mengedit imej dan manipulasi imej sama macam program Photoshop tu. 

Tetapi semenjak ada group konvoi bermotosikal kat tempat kerja aku ni, aku berpeluang semula asah skil edit dan pengubahsuaian imej menggunakan GIMP ni. Diorang ni mintak bantuan aku untuk mereka cipta logo untuk baju T konvoi diorang. 

Cadangan Logo Kelab Sukan Dan Riadah CCRC Raub

Walaupun skil aku tidak sehebat mana, sekurang-kurangnya diorang masih meletak harapan kat aku untuk design logo baju diorang. 

salah satu sampel logo yang aku buat
Masuk kali ini kali kedua aku design logo untuk baju konvoi, dan design logo untuk baju yang pertama tu aku rasa sangatlah tak cantik. Maklumlah reka design pun dalam sehari dah siap, so memang banyaklah cacat celanya.

Oh ya, walaupun aku dapat baju free tapi aku tak dapat join konvoi pun sebabnya aku sendiri pun takde motor!

Lawak sungguh.
Share:

Wednesday, February 19, 2014

Retak skrin Nokia ku

Tak pernah terjadi skrin henpon aku boleh retak keping-keping macam ni. Ini adalah bahana akibat terlupa yang aku letak henpon atas riba masa tgengah duduk atas kerusi. Bila bangun, maka automatik henpon ni jatuh ke lantai secara face-first.

Sayangnya, akibat keretakan skrin sentuh ni dah tak berfungsi lagi. Maka tamatlah pengalaman aku menggunakan windows phone ini.

Nampaknya terpaksalah aku bergantung penuh pada henpon Lenovo aku selepas ini.


And this is how i feel.

Share:

Thursday, February 13, 2014

Hand phone AP atau Original

Salam semua.

Tak ramai yang tahu perbezaan di antara handphone set Original (asli) dan juga handphone set AP. Malah disebabkan kekurangan maklumat inilah membuatkan ramai antara kita tertipu dengan penjual handphone di kedai-kedai.


Secara ringkasnya perbezaan yang kalian patut tahu adalah: 

AP ialah Authorized Product
Handphone dari set AP ialah handphone yang mempunyai kualiti yang sama dengan set original.
Diedarkan oleh pembekal yang TIDAK diiktiraf oleh pengeluar handphone.
Harga set AP adalah lebih murah sehingga mencecah 30% daripada harga set original.
Set AP tidak mempunyai banyak pilihan warna.

Set Original
Handphone set original pula diedarkan oleh pengedar yang sah.
Harga set original memang mahal.
Datang dengan pelbagai pilihan warna lengkap seperti yang diiklankan.

Set AP ini datang dengan harga murah kerana kebiasaanya set tersebut sepatutnya dijual di negara luar dan telah diseludup masuk untuk dijual di Malaysia. Memang hampir-hampir mustahil untuk membezakan kedua-dua set AP dan original ini.

Justeru, bagi mereka yang mahu menggunakan smartphone tetapi dengan bajet yang rendah maka kalian bolehlah mendapatkan set AP ini. Kualitinya sama cuma waranti yang berbeza berbanding set original.

Set AP mempunyai waranti lebih rendah dan jika rosak ia perlu dihantar semula di kedai yang menjualnya berbanding dengan set original yang boleh dihantar dimana-mana kedai pengeluar yang sama di seluruh Malaysia.


Share:

Thursday, February 6, 2014

Pengalaman Mencari Lokan

Aku berkesempatan pergi mencari lokan di Merlimau, Melaka pada minggu lepas. Memang aku cuma tahu rupa lokan sahaja tapi tak tahu macam mana diorang cari benda ni.

Semangkuk lokan


Yang menariknya aku bukan pergi seorang diri, tapi aku sekeluarga dan juga adik-beradik berkumpul beramai-ramai untuk aktiviti ni. Kami semua berkumpul di rumah abang aku di Kg Air Tawar, Merlimau dan bergerak pada waktu pagi ke kawasan paya bakau yang menjadi tempat mencari lokan ni.

Masuk paya bakau nak cari lokan


Mujurlah waktu pagi ni air laut surut, maka senanglah sikit nak mencari lokan ni. Kalau air laut dah pasang memang takde orang yang pergi masuk hutan bakau ni.

Satu kesilapan amatur yang orang macam aku buat adalah tidak pakai kasut yang sesuai, akibatnya kasut hilang sebab dah tenggelam dalam lumpur dan akhirnya tak dapat diselamatkan. Maknanya sepanjang aktiviti tersebut aku cuma berkaki ayam. Bayangkan berkaki ayam sambil cari lokan dalam hutan bakau. Hahahaha!

Pokok bakau ni jaraknya sesam pokok yang lain sangat rapat, kalau jarak antara kita dengan orang lain sejauh 5 meter pun dah hilang dari pandangan. Sebab tu lah sambil mencari lokan ni kami panggil-panggil orang lain sebab nak pastikan kedudukan masing-masing.

Ini video yang sempat aku rakamkan.


Kalau terleka cari lokan ni, silap-silap boleh konfius arah mana nak dituju. Kena selalu pandang kiri kanan dan juga matahari sebab nak tahu arah nak balik. Kalau air dah pasang nanti, takut tak jumpa jalan keluar pulak. Dah kena jemput anggota bomba Merlimau pulak nak cari korang dalam paya bakau ni.

sesak dengan bakau


Pengalaman untuk aku ni memang seronok, sebabnya dapat bergelumang cari lokan dalam lumpur sambil mengumpil tanah paya yang separuh basah ni. Dapat jugalah anak aku berpeluang mencari pengalaman yang aku tak pernah rasa seumur hidup aku. 

Ada 2 lokan dalam lumpur


Ditemani dengan adik ipar abang aku yang memang pakar mencari lokan ni, dapatlah kami kumpul dalam seguni lokan. Itu pun selepas dicampur hasil pencarian semua orang lah. Kalau dah pakar tu sambil jalan je dah kenal rupa lokan tu, aku ni sudah cari sambil mencangkung pun masih tak nampak-nampak walaupun lokan tu ada dah depan mata. 

lokan segar dari merlimau


Penat juga sebab lama sangat menunduk-nunduk sampai sakit jugalah belakang badan. Tapi berbaloi sebab seronok dapat buat aktiviti ni bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.

Lokan ni rupa bentuknya hampir sama macam kepah, dan apa juga masakan yang korang buat dengan kepah maka dengan lokan pun sama juga. Cuma saiz lokan ni lagi besar la aku rasa.

Lokan masak pedas



Share:

Monday, February 3, 2014

Jadual Perlumbaan MotoGP 2014

ZULFAHMI KHAIRUDDIN


Kalendar Jadual Perlumbaan MotoGP 2014 telah dikeluarkan untuk semua. Giliran Malaysia menjadi tuan rumah MotoGP adalah pada bulan Oktober. Tunggu!

Update:

  1. Keputusan Perlumbaan MotoGP 2014 di Qatar - Pusingan Pertama
  2. Keputusan Perlumbaan MotoGP 2014 di Amerika - Pusingan Kedua
  3. Keputusan Perlumbaan MotoGP 2014 di Argentina - Pusingan Ketiga

Enjoy!

Share: