Tuesday, March 11, 2014

Cerita MH370 dalam Facebook

Pada saat aku menulis entri ini sudah masuk hari ke 3 kehilangan pesawat MAS MH370 yang menuju ke Beijing daripada Kuala Lumpur.

Kalau dilihat dalam media sosial terutamanya Facebook, memang banyak status yang bercerita pasal kehilangan ini. Ada yang mendoakan kesudahan yang terbaik dan tak kurang juga yang bagi kenyataan yang kurang bijak.

Dalam situasi macam inilah aku boleh nilai tahap pemikiran rakyat Malaysia ini. Ada beberapa kategori orang yang boleh dilihat muncul dalam Facebook. 

Kategori pertama : Taksub Politik. Ramai yang buat kenyataan bangang dengan menyatakan kehilangan pesawat ini adalah balasan tuhan kepada kerajaan Malaysia kerana tindakan mereka menghukum individu bernama Anwar Ibrahim. 




Setahu aku, kalau dah namanya balasan tuhan mestilah orang yang buat onar itu yang menerima balasannya dan bukan orang lain. Ini kategori orang taksub pada politik dan terpesong daripada pegangan agama.

Kategori kedua : Nujum Pak Belalang. Ada juga yang bagi kesimpulan berdasarkan pengetahuan cetek mereka. Contohnya kehilangan pesawat ini mesti ada kena mengena dengan kawasan segita Bermuda. Bangang yang amat.




Kategori ketiga : Profesor Serba Tau. Konon-kononnya bagi cadangan suruh guna kapal selam jenis perang untuk buat kerja-kerja mencari dan menyelamat. Sama lah bodohnya seperti guna kereta MyVi untuk berlumba di F1.




Kategori keempat : Mulut Longkang. Cakap ikut suka dan tak jaga perasaan keluarga yang terlibat. 




Cukuplah dengan bencana yang melanda ini, kalau tak ada sumbangan pada mereka eloklah doakan sahaja yang terbaik. Itu sudah mencukupi.


Share: