Monday, March 3, 2014

Selipar Hilang Pengerat Kasih Sayang

Ini gambar aku sedang mendukung satu-satunya anak yang aku ada. Umurnya baru 9 tahun, masih ringan. Kalau dah masuk 2 digit mungkin aku seret sahaja.

Seliparnya hilang waktu kami pergi kenduri kahwin sedara di Sepang. Kami sedang berada di dalam rumah pada waktu tu. Mungkin kerana saiz seliparnya yang kecik, maka budak-budak lain kat sana tu terus sarung je tanpa tengok kiri-kanan.

Selamat sudah selipar tu dan aku sedekahkan sahaja pada budak yang pakai tu. Semoga dia gembira.

Rasanya dalam 100 meter jugalah aku berjalan ke tempat letak kereta sambil mendukung si Aliff ni.

Biarlah orang lain nak kata apa sekalipun, mengada-ngada ke, manja ke, malas ke aku tak kisah. Aku sayang anak aku.

Sekeping gambar ini menjadi kenangan untuk aku selama-lamanya.

Share: