Wednesday, April 16, 2014

Keputusan MotoGp 2014 - Pusingan Kedua di Amerika

Pusingan kedua perlumbaan MotoGP telah pun berakhir pada 13 April lepas.  Keputusan perlumbaan ini adalah seperti berikut:

Keputusan 10 Pemenang Teratas MotoGP

Keputusan 10 Pelumba Teratas Moto 2

Kedudukan Ke-15 dan Ke-18 adalah pelumba dari Malaysia 
Nampaknya kali ini pelumba Malaysia yang pertama mengumpul mata adalah Hafizh Syahrin. Beliau berlumba dalam kategori Moto 2 bersama-sama dengan Azlan Shah dan mereka berdua berjaya menamatkan perlumbaan. 

Hafizh bermula di petak ke-28 dan menamatkan perlumbaan sebanyak 19 pusingan ini di posisi ke-15. Malah dia juga berjaya mengumpul 1 mata pertama buat dirinya dan juga buat pasukannya iaitu Petronas Raceline Malaysia. Tahniah Bro!

Manakala Azlan Shah masih belum mengumpul sebarang mata buat dirinya.

Keputusan 10 Pelumba Teratas Moto 3

Kedudukan Ke-17 dan Ke 24 dalah pelumba dari Malaysia
Zulfahmi dan Hafiq masih belum berjaya mengumpul sebarang mata walaupun berjaya menamatkan perlumbaan. Zulfahmi bermula di petak ke-20 dan tamat di kedudukan ke17, manakala Hafiq bermula di petak ke-30 dan tamat di kedudukan ke-24.

Takpe bro, cuba lagi.
Share:

Saturday, April 5, 2014

Keputusan MotoGp 2014 di Qatar

Pusingan pertama MotoGP 2014

Pada 23 Mac lepas, telah berlangsung pusingan pertama MotoGp di Qatar. Keputusan perlumbaan bagi kategori MotoGp, Moto2, dan Moto3 adalah seperti berikut.

Keputusan MotoGP Qatar


Keputusan Moto2 Qatar
Pelumba negara kita yang menyertai Moto2 Qatar kali ini adalah Hafizh Syahrin dan Azlan Shah.

Hafizh Syahrin telah menunjukkan persembahan yang bagus. Beliau memulakan perlumbaan pada posisi ke-30 dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

Manakala Azlan Shah bermula di posisi ke-28 dan menamatkan perlumbaan di posisi ke-18.

Keputusan Moto3 Qatar
Nampaknya pelumba berpengalaman Moto3 daripada negara kita iaitu Zulfahmi Khairuddin tidak memulakan pusingan pertama ini dengan baik. 

Beliau bermula dengan posisi ke-23 beliau kemudiannya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.


Share: