Sunday, May 25, 2014

Kerja Baru di Tempat Baru

Alhamdulillah, selepas hampir 5 tahun aku berulang alik Klang-Raub setiap hujung minggu akhirnya dapat juga aku bertukar ke tempat kerja yang dekat dengan rumah di Klang.

Shah Alam tu kira dekat la dengan Klang ye.

Hospital Shah Alam ni pulak masih lagi tak siap-siap, maka terpaksalah aku menumpang kasih di Hospital Klang sekejap.

Tuhan itu maha kaya, perancanganNya maha adil dan hanya Dia yang mengetahui segalanya. Teringat aku kata-kata seseorang " tuhan tidak mengurniakan permintaan hambaNya kerana Dia telah merancang sesuatu yang jauh lebih baik buat mereka, maka bersabarlah".

Aku sendiri tak sangka, sekarang ni kalau nak pergi kerja pun boleh jalan kaki je. Walaupun sekadar tumpangan kerja semata-mata, tapi memang dekat sangat-sangat. Syukur.

Aku nak lupakan sejarah di tempat kerja lama, ambil ia sebagai pengalaman dan pengajaran. Kalau bukan kerana pengalaman itu mungkin aku tak jadi semampu ini.

Nampaknya, nak update blog pun mungkin tunggu hujung minggu saja. Sibuknya kerja di tempat baru ni dari pagi sampai ke petang. Nak bersukan petang-petang pun tak sempat lagi dah. Jangan membuncit perut ni nanti!

Share: