Thursday, July 24, 2014

Motor Berkuasa Tinggi Kalau Lesen B2

Dalam sejarah hidup aku ni,  dah 4 buah kereta aku pernah guna. Start daripada hari aku terima gaji pertama bekerja sampailah sekarang ni. Walaupun dulu-dulu gaji aku kecik je, tapi aku masih merasa beli kereta Kancil Era 4 gear. Aku rasa macam dah hebat dengan kereta Kancil second hand tu.

Kawasaki Z250SL sesuai untuk transition daripada motorcub ke superbike

Share:

Tuesday, July 22, 2014

Maksud Tersirat Pada Warna Baju Raya

Tema baju raya aku tahun ni adalah warna purple. Aku tak pasti kenapa aku pulih warna ni sebab memang tiap-tiap tahun aku tukar warna baju raya. Famili aku pun nampak sedondon dengan tema purple ini. Sindrom baju sama satu famili especially pada waktu raya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh masyarakat kita.

Baju raya korang warna apa? Tengoklah sifat korang based on warna pada baju raya tahun korang untuk tahun ini.

Share:

Monday, July 21, 2014

Ke Klinik Gigi lagi di Bulan Ramadhan

Masuk hari ini sudah 2 kali aku pergi klinik gigi dalam bulan puasa ni. Kali pertama pergi klinik sebab gusi aku sudah bengkak dan memang menyusahkan kalau nak makan atau minum. 

Cerita dalam bulan puasa kali ni memang menarik macam yang berlaku kat aku tahun 2010 yang lepas. Korang boleh baca cerita pasal malam terawih yang lepas tu..

Kali kedua ni aku pergi klinik sebab gusi bengkak campur nanah yang belum pecah. Ini bermakna juga kesakitan yang aku rasa adalah double. Bengkak + nanah. 


Share:

Thursday, July 17, 2014

Lesen Mati

Dah seminggu mati barulah aku terperasan yang lesen memandu aku ni dah expired.

Rupanya lesen ni diorang dah tukar ke bentuk yang baru. Rupa lesen baru ni nampak sebijik macam kad pengenalan cuma warna je lain.

kalau nak re-new lesen ni,  untuk setahun korang kena standby RM30 je. So aku bayar RM60 untuk 2 tahun sahaja. 

Maksimum tempoh dibenarkan adalah 5 tahun bersamaan RM150. Cukuplah tu kan! 

Share:

Pak Guard

Pengawal keselamatan ni kerjanya selalu dipandang rendah dah remeh oleh ramai orang. Walaupun kerjanya nampak macam simple dan mudah je,  tapi sebenarnya memenatkan jugak la. 

Apatah lagi kalau kebanyakan syarikat pengawal keselamatan ni ambil pekerja yang dah berusia. Umur dah 50-60 pun masih diambil bekerja sebagai pak guard. Rupanya lepas periksa barulah aku tau, kebanyakan pakcik-pakcik yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ni samada sudah pencen kerja kerajaan ataupun sekadar isi masa lapang daripada duduk rumah sebab bosan. 


Share:

Wednesday, July 16, 2014

Messi Tak Layak

Piala Dunia 2014 dah habis 4-5 hari yang lepas. Tahniah kepada penyokong team German sebab korang dapat bergembira sambil menyaksikan penyokong team argentina, belanda, brazil bersedih. 

Team yang aku sokong cuma sampai ke peringkat kumpulan sahaja. Italy boleh cuba lagi kat Rusia tahun 2018.

Part German menang game final malam tu aku tak heran sangat walau secubit pun, tapi part Messi menang Golden Ball tu memang tersangat menghairankan. 


Share:

Saturday, July 12, 2014

Masuk rumah baru di Bulan Ramadhan

Antara berita yang paling seronok ku dapat dalam bulan Ramadhan tahun ni adalah apabila kunci untuk rumah baru aku dah boleh diambil di pejabat pemaju. Akhirnya dapat juga kami sekeluarga merasa duduk dirumah sendiri selepas beberapa percubaan beli rumah lain yang penuh dengan masalah. 

Syukur Alhamdulillah.

Dan macam biasalah rumah baru ini masih kosong dengan perabot dan lampu-lampu serta kipas pun masih belum dipasang, maka terpaksalah aku pergi shopping lampu dan kipas di waktu orang lain sibuk shopping baju raya.

Kipas dan lampu semuanya kami beli di satu kedai sahaja


TIPS SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU (TEKNIKAL)

  1. Uji dan ceraikan semua kunci yang diterima (biasanya diterima secara selonggok). Pastikan semuanya berfungsi dengan baik.
  2. Bawa 'test pen' dan uji setiap 'plug point' untuk pastikan bekalan letrik wujud.
  3. Uji setiap kepala paip air dan kenalpasti jika ada leaking dimana-mana.
  4. Periksa kawasan dalam rumah seperti lantai, dinding, longkang, untuk periksa setiap kerosakan dan isikan dalam borang kerosakan yang disediakan oleh pihak pemaju.
Buat masa sekarang ini rumah aku sedang diubahsuai secara dalaman sahaja. Sekadar tambah kabinet dapur, tukar siling serta 'wiring' dan tambah gril untuk ciri-ciri keselamatan.

Depan Rumah Baru
Nampaknya tahun ini aku belum sempat masuk rumah sebelum raya sebab kerja ubahsuai akan ambil masa sehingga bulan Syawal nanti. 
Share: