Monday, July 21, 2014

Ke Klinik Gigi lagi di Bulan Ramadhan

Masuk hari ini sudah 2 kali aku pergi klinik gigi dalam bulan puasa ni. Kali pertama pergi klinik sebab gusi aku sudah bengkak dan memang menyusahkan kalau nak makan atau minum. 

Cerita dalam bulan puasa kali ni memang menarik macam yang berlaku kat aku tahun 2010 yang lepas. Korang boleh baca cerita pasal malam terawih yang lepas tu..

Kali kedua ni aku pergi klinik sebab gusi bengkak campur nanah yang belum pecah. Ini bermakna juga kesakitan yang aku rasa adalah double. Bengkak + nanah. 



Oleh kerana bengkak gusi ni berlaku di bahagian dalam maka nak bercakap memang susah. Bunyi mumble yang keluar macam ada makanan dalam mulut. 

Bayangkan waktu doktor gigi tu pecahkan nanah tu,  dia boleh kata "banyak nanah keluar ni". Memang serius gabra la aku. Risau pulak kalau nanah ni aku tertelan pulak. Bulan puasa ni doktor!



Oh ye, aku hanya akan pergi klinik gigi kalau betul-betul terpaksa. Kalau setakat sakit biasa je aku makan painkiller je lah.

Share: