Saturday, July 12, 2014

Masuk rumah baru di Bulan Ramadhan

Antara berita yang paling seronok ku dapat dalam bulan Ramadhan tahun ni adalah apabila kunci untuk rumah baru aku dah boleh diambil di pejabat pemaju. Akhirnya dapat juga kami sekeluarga merasa duduk dirumah sendiri selepas beberapa percubaan beli rumah lain yang penuh dengan masalah. 

Syukur Alhamdulillah.

Dan macam biasalah rumah baru ini masih kosong dengan perabot dan lampu-lampu serta kipas pun masih belum dipasang, maka terpaksalah aku pergi shopping lampu dan kipas di waktu orang lain sibuk shopping baju raya.

Kipas dan lampu semuanya kami beli di satu kedai sahaja


TIPS SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU (TEKNIKAL)

  1. Uji dan ceraikan semua kunci yang diterima (biasanya diterima secara selonggok). Pastikan semuanya berfungsi dengan baik.
  2. Bawa 'test pen' dan uji setiap 'plug point' untuk pastikan bekalan letrik wujud.
  3. Uji setiap kepala paip air dan kenalpasti jika ada leaking dimana-mana.
  4. Periksa kawasan dalam rumah seperti lantai, dinding, longkang, untuk periksa setiap kerosakan dan isikan dalam borang kerosakan yang disediakan oleh pihak pemaju.
Buat masa sekarang ini rumah aku sedang diubahsuai secara dalaman sahaja. Sekadar tambah kabinet dapur, tukar siling serta 'wiring' dan tambah gril untuk ciri-ciri keselamatan.

Depan Rumah Baru
Nampaknya tahun ini aku belum sempat masuk rumah sebelum raya sebab kerja ubahsuai akan ambil masa sehingga bulan Syawal nanti. 
Share: