Wednesday, July 16, 2014

Messi Tak Layak

Piala Dunia 2014 dah habis 4-5 hari yang lepas. Tahniah kepada penyokong team German sebab korang dapat bergembira sambil menyaksikan penyokong team argentina, belanda, brazil bersedih. 

Team yang aku sokong cuma sampai ke peringkat kumpulan sahaja. Italy boleh cuba lagi kat Rusia tahun 2018.

Part German menang game final malam tu aku tak heran sangat walau secubit pun, tapi part Messi menang Golden Ball tu memang tersangat menghairankan. 



Seriouslylah aku rasa Messi sangat tak layak dapat award tu. Malah bak kata Maradona, Messi menang atas dasar strategi pemasaran Adidas sahaja. Menang award atas sebab simpati pun boleh gak ni.

Kalau korang tak tau, Adidas adalah merupakan sponsor utama Piala Dunia 2014 dan Messi pula adalah promoter terbesar Adidas. Nampak tak politiknya kat situ? 

Bagi aku Robben, Muller, Rodriguez atau Mascherano adalah jauh lebih layak untuk dapat Golden Ball award tu. 

Messi ambil anugerah tu pun dengan muka ketat rasa macam nak campak je award tu. Dia pun tahu yang dia tak layak kot. 


Share: