Thursday, July 24, 2014

Motor Berkuasa Tinggi Kalau Lesen B2

Dalam sejarah hidup aku ni,  dah 4 buah kereta aku pernah guna. Start daripada hari aku terima gaji pertama bekerja sampailah sekarang ni. Walaupun dulu-dulu gaji aku kecik je, tapi aku masih merasa beli kereta Kancil Era 4 gear. Aku rasa macam dah hebat dengan kereta Kancil second hand tu.

Kawasaki Z250SL sesuai untuk transition daripada motorcub ke superbike

Sampailah sekarang ni, walaupun dah 4 buah kereta aku pernah guna. Tapi aku masih tak pernah ada motorsikal sendiri. Kecik-kecik dulu cita-cita aku kalau dah besar nanti mesti nak beli motor besar. Samada motor jenis easy rider atau pun jenis sport. Barulah nampak macam legenda pelumba motorsikal Michael Doohan ataupun Wayne Rainey. Oleh kerana aku membesar dalam era 80-an dan 90-an mungkin korang tak kenal nama-nama tu.

Seriouslylah aku rasa macam nak try motor besar la, naik cair jiwa-raga rasanya bila aku tertengok Kawasaki Z250SL ni. Harga?  RM15K++ lebih kurang. Aku ada terbaca yang motor kategori macam ni sesuai kalau nak mula-mula merasa pengalaman superbike. Ala-ala upgrade daripada guna cub pergi ke superbike la maksudnya.

Kalau bukan sekarang,  tak tau la bila lagi boleh merasa nak beli motor besar ni.  Kalau tak dapat yang 1000CC, 750CC dapat yang 250CC pun dah kira ok.  Sebab lesen aku pun sekadar B2 je pun.
Share: