Thursday, July 17, 2014

Pak Guard

Pengawal keselamatan ni kerjanya selalu dipandang rendah dah remeh oleh ramai orang. Walaupun kerjanya nampak macam simple dan mudah je,  tapi sebenarnya memenatkan jugak la. 

Apatah lagi kalau kebanyakan syarikat pengawal keselamatan ni ambil pekerja yang dah berusia. Umur dah 50-60 pun masih diambil bekerja sebagai pak guard. Rupanya lepas periksa barulah aku tau, kebanyakan pakcik-pakcik yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ni samada sudah pencen kerja kerajaan ataupun sekadar isi masa lapang daripada duduk rumah sebab bosan. 



Kalau ada orang muda pun gerenti budak pakistan atau kemboja. Kalau ada budak melayu pun biasanya tak tahan lama. Kalau dapat setahun pun dah miracle sungguh tu. Gaji dorang ni pulak biasanya antara RM1500-RM1800 sebulan dan waktu kerja sehari dalam 12 jam setiap hari

Letih jugak la jadi pak guard ni. Nampak macam remeh je kerja pengawal ni. Tapi, walau apa pun bukan semua orang yang jadi pengawal ni kuat tidur, ada jugak yang bekerja dengan cemerlang dan baik.  

Oleh itu hormatilah mereka ini, sebab belum tentu korang sanggup dan terdaya nak buat kerja diorang ni.




Share: