Monday, August 18, 2014

Skil Matematik Yang Sekolah Patut Ajar

Aku lebih percaya pada pemikiran logik daripada matematik dan fizik. Justeru, walaupun skema pembelajaran subjek kat sekolah tu memang bagus tapi aku rasa patut ditambah baik. Terutamanya matematik sebabnya, aku jamin tak ramai yang tahu bina nak guna Y=mX + C bila dah berenti sekolah.

Contoh paling senang adalah, bilamana seseorang nak buat perkiraan bayaran yang MAMPU atau SANGGUP dibuat kalau berhutang dengan kawan-kawan. Ya, MAMPU dan SANGGUP itu dua subjek yang berbeza. Kalau kau sanggup bayar balik hutang kalau kau berhutang dengan ceti dan ah long, tapi kenapa kau tak sanggup bayar balik hutang dengan kawan-kawan? Sampai berdarah air mata kawan tu nak menuntut hutang daripada kau.

Jadi, aku rasa sekolah patut masukkan unsur pemikiran logik dalam matematik :) 


Share: