Sunday, September 14, 2014

3 Free Cloud Storage Yang Aku Kerap Guna

Aku kerap guna sistem simpanan awan atau lebih dikenali dengan Cloud Storage. Ya, sebab aku takut kalau-kalau semua data-data termasuk surat-surat, dokumen-dokumen penting dan juga gambar-gambar dalam telefon dan komputer aku tiba-tiba hilang.

Tapi harus diingat, cloud storage ini sebenarnya hanyalah tempat simpanan data secara sementara. Ia diuruskan oleh pihak pembekal storan awan ini dan mereka bertanggungjawab menjaga dan menguruskan proses penyimpanan ini dengan baik. Dan secara teori, sebenarnya kita menyimpan rahsia kita sendiri di dalam peti besi di rumah orang lain. Kalau sistem diorang jahanam, maka semua data kita akan hilang sekali. Ingat tu.

Aku guna:

Dropbox (3.25 GB free) khas untuk simpan gambar-gambar daripada telefon bimbit dan Ipad aku. 

Google Drive (15 GB free) storan ini paling kerap aku guna sebab dokumen-dokumen kerja semuanya aku simpan kat sini. Boleh akses di mana-mana sahaja. Pendrive aku kerap hilang. Kalau korang guna Gmail maka korang akan dapat perkhidmatan ni secara automatik.

OneDrive (18 GB free) yang ini daripada Microsoft pun aku guna untuk backup semua gambar daripada telefon dan Ipad. Kalau korang ada Hotmail,  lebih mudah korang boleh akses perkhidmatan storan awan ini.



Cuma dikhuatiri berlaku pulak kes kebocoran data macam yang berlaku pada pengguna Icloud baru-baru ni. Data pengguna Iphone dan Ipad terjejas tahap sekuritinya. Baru-baru ni kecoh sekejap sebab kebocoran sistem ni dan banyak gambar bogel selebriti Hollywood dah tersebar ke pengetahuan umum. Sapa suruh selfie gambar bogel sendiri. Serius bongok!
Share: