Friday, September 5, 2014

Beli Power Bank Atas Talian

Niat nak pakai power bank memang dah lama ada.  Tapi malas nak capai,  sebab charger telefon masih senang dicapai sepanjang masa.  Lagipun telefon spare memang ada lagi sebuah. Baguslah terutamanya pada pengguna telefon macam aku ni. Sebabnya bateri telefon aku ni jenis yang tak boleh ditanggalkan, maknanya kalau bateri dah nak habis tu memang kena cari charger untuk caj cepat-cepat. Lepas tu kena tunggu la kat situ kalau rasa-rasa tak nak telefon kena rembat orang. 

Item pertama yang aku beli online
Jadi, aku pun cubalah beli sebuah di laman web LAZADA Malaysia. Seriusly la aku cakap, memang aku cukup tak suka beli barang guna internet ni melainkan urusan perbankan sahaja. Sebab banyak negatif yang aku dengar dari yang positif. Tapi aku redha jugaklah!

Lastly, power bank yang aku order tu akhirnya sampai selepas 2 hari tempahan dibuat atas talian. Laju jugalah!

Jenama Pineng

Memang mudah kalau kemudahan macam ini boleh diguna semua orang. Tak payah nak keluar ke kedai mencari barang-barang yang boleh dibeli secara online macam ini.

Aku nak try beli beberapa barang lagi selepas ni. :)

 RM42 hanya di LAZADA
Share: