Thursday, September 11, 2014

Lagu Cinta 90'an

Aku lahir pada penghujung tahun 70'an. Justeru itu, zaman kanak-kanak aku adalah pada era 80'an dan secara automatik zaman remaja aku adalah pada era 90'an.  

Lagu. Aku cakap pasal lagu melayu.

Ok, waktu remaja ku adalah dalam tahun 90-99. Tahun ini adalah zaman kegemilangan lagu-lagu rock jiwang mendayu-dayu tangkap lentok kalau dengar kat radio. Seriuslah aku cakap, Kalau tak suka dengar sekalipun, lagu macam ni akan tetap jadi sejarah sebagai penyeri arena muzik dalam era itu. Band muzik pun dah tak selekeh macam era rock kapak sebelum ini. Semuanya kemas, rambut kemas dan takde dah pakai seluar jenis koyak-koyak kat lutut. 



Walaupun tak tersenarai untuk apa jua anugerah berprestij kat Malaysia ni, lagu-lagu jiwang tu semua menjadi siulan budak-budak muda especially yang zaman remajanya sama tahun macam aku. Bukannya lagu rock kapak macam kumpulan May, Wings, Ekamatra, Search dan jugak Febians. Lagu rock tu semua femes masa aku budak-budak, so aku tak berapa nak layan sangat. Aku remaja beb, tengah jiwang karat.


Band boy macam Spoon, Scoin, Spin, Spring, EYE, Scan, Data dan AXL'S memang tengah menjadi-jadi waktu tahun tu, especially dah hujung-hujung 90-an. Antara tahun 1996 sampailah tahun 2000. Kadang-kadang tu, kalau lagu tu berkumandang kat radio, lirik lagu tu terkeluar dari mulut secara automatik. Memang legenda. Dan yang paling top sekali waktu tu adalah lagu Rindu serindu-rindunya dari kumpulan Spoon.

Aku tak cakap pasal band rock lain macam XPDC. Diorang memang femes tapi genre muzik berlainan.

Aku pasti yang kalau dulu lagu jiwang ni tak menjadi pilihan untuk main kat radio, tapi sekarang ni sudah jadi macam lagu pilihan pulak. Sebabnya ia ada sentimental value, walaupun bukan kat semua orang tapi at least pada mereka yang jiwanya sama macam aku. Contohnya sama macam kereta Proton Saga 1.3 yang bapak korang guna  dalam tahun 90an, sekarang ni ia takde nilai kat orang lain tapi sangat berharga kat kita sebab ada unsur-unsur sentimental value macam ini lah.

Sekarang ni, kena download secara haram kat internet kalau nak cari lagu-lagu tu semua. Nak tunggu keluar kat radio memang hampir mustahil la. Dulu Suria FM kerap keluarkan lagu-macam ni sebab moto dia 'Yang Terbaik 90an Dan Terkini'. Semua lagu yang femes tahun 90an tu dipasang di radio siang dan malam. Aku rasa sangat teruja. Tapi sekarang Suria FM dah tukar identiti, dah rembat idea nak jadi macam HOT FM. Moto pun dah tukar. Aku dah tak berkenan. Lagu pilihan yang dipasang pun dah moden identitinya. Kena tunggu slot Suria Cinta baru keluar balik lagi-lagu lama 90an tu. Serius cakap, Suria FM takde identiti.

Share: