Thursday, October 2, 2014

Pelan Data 5GB Yang Aku Guna

Salam semua.

 Aku tau semua orang sekarang ni ada pelan data internet untuk smartphone masing-masing. Aku tak pasti dalam banyak-banyak pelan data internet yang mana satu menjadi pilihan orang ramai. Lain orang lain cara penggunaan internetnya. Kalau pengguna internet tegar di smartphone, maka had data 1GB memang tak akan cukup. 

Untuk itu, bagi pengguna internet tegar macam aku limit data 5GB adalah yang terbaik. Yang menjadi masalah adalah harga bulanan yang patut aku bayar.

Di sini biar aku share pelan data intenet bagi pengguna pelan POSTPAID sahaja.

Pilihan di tangan korang, tengoklah yang mana sesuai.

Pelan CELCOM

Pelan Digi

Pelan MAXIS

Pelan UMobile

 Nampaknya pelan data internet (pelan postpaid sahaja) masing-masing macam ni:
  • Maxis = RM75 - 5GB
  • Celcom = RM88 - 5GB
  • Digi = RM108 - 5GB
  • UMobile = RM80 - 3GB

Maka memang tak salahlah aku pakai Maxis selama 17 tahun ini, sebab pelan datanya adalah yang termurah di pasaran Malaysia setakat hari ini. Kalau adal pelan yang lagi murah dari ini nescaya aku akan bertukar syarikat telko tersebut.

Serius aku tak tipu.
Share: