Sunday, October 12, 2014

The Walking Dead - Musim Ke 5.

Serius aku bagitau,  memang aku sangat addicted dengan siri tv ni.  Malah sebenarnya sejak aku tengok cerita zombie pertama masa sekolah rendah dulu aku terus teruja dengan genre horror macam ni.



Cerita zombie pertama yang aku tengok adalah Night Of The Living Dead kat TV2.  Masa tu kat Malaysia ni cuma ada dua siaran sahaja,  TV1 dengan TV2. Cerita ni pulak bersambung lepas berita inggeris pukul 12 malam. Masa budak-budak dulu kalau dapat tengok tv larut malam ni kira heaven la,  itupun kalau mak tak bising sebab esok nak sekolah.

Minggu ni siri tv The Walking Dead dah masuk musim terbaru. Sudah 4 musim berlalu dan kini musim ke 5. Semenjak meletupnya siri tv tu, muncul la beberapa siri tv yang berasaskan zombie jugak. Yang terbaru di siarkan adalah siri tv Z Nation. 

Ok,  masa untuk rakam semua episod guna pvr astro. Lepas tu layan sampai muntah macam zombie.


Share: