Tuesday, November 18, 2014

Sunday, November 9, 2014

Jiran Setaman

Okey, aku masih belum secara rasmi duduk di rumah baru walaupun kerap bermalam pada hujung minggu. Jiran-jiran sekeliling pun baru masuk dalam 4-5 famili daripada jumlah penuh 24 semuanya.

Satu perkara yang menarik bagi sesiapa yang akan masuk ke perumahan baru adalah kita akan mendapat ramai kawan-baru secara automatik. Jiran baru = kawan baru.

Semua jiran-jiran baru ni akan mulalah berkenalan satu sama lain,  kenal latarbelakang,  kerja apa,  kerja mana dan paling penting adalah asal orang mana. Sebabnya nanti kalau cerita bab Piala Malaysia senang nak cari sekutu.

Awal-awal ni tak semua jiran-jiran dapat pindah masuk serentak. Kecuali bagi keluarga yang memang nak pindah masuk terus. Kitorang tunggu hujung tahun la baru dapat pindah masuk.

Tapi dah ramai pulak budak-budak kampung ni yang dah mula ronda-ronda kat taman kami sambil cuci mata dengan niat jahat.  Dah ada pulak rumah jiran yang kena pecah masuk siang-siang hari. Tuan rumah bekerja waktu siang,  so memang ini kesempatan terbaik la bagi mat-mat pecah rumah ni.

Palang besi penghadang jalan dalam proses pembuatan
Maka,  kitorang sudah bercadang nak pasang palang besi untuk menutup jalan masuk ke taman dengan harapan dapatlah elakkan kejadian curi ni lagi.

Jangan sampai ada yang tertangkap lepas ni,  memang makan ikut straw lah jawabnya.
Share: