Tuesday, November 18, 2014

Tak Suka Ninja Turtle

Kagum aku siot!
Bukan aku, tapi anak aku!



Dibesarkan pada era 80-an bermakna aku dipersembahkan dengan siaran kartun yang penuh dengan warna-warni. Siri kartun ini dapat memberikan kepuasan dan kegembiraan walaupun sekadar menonton Tom and Jerry dan Pink Phanter.

Keseronokan bercerita dengan geng-geng sekolah pasal kehebatan robot Voltron, kecanggihan peralatan Inspector Gadget, dan kepantasan Road Runner dalam The Road Runner Show memang tak dapat disangkal.

Tapi,  kartun yang paling aku teruja untuk menonton kat TV2 adalah siri Teenage Mutant Ninja Turtles. Dulu-dulu aku takde internet,  maka kalau terlepas satu episod bermakna aku beranggapan tak akan dapat tengok lagi selama-lamanya. Terujanya aku pada masa itu sampaikan aku hafal semua karakter dalam cerita tu. 

Apabila sekarang ni kartun Ninja Turtles ni dijadikan filem, aku mula jadi seperti balik kepada zaman budak-budak. Tambahan pula filem ni diproducekan oleh Michael Bay,  maka aku mula terbayangkan kehebatan filem ni nanti ala-ala semua filem Transformers tu. Gerenti penuh scene letupan dan keganasan. 


Best!

"Pa, aliff tak suka Ninja Turtles"

Apa?

Oh tidak, hampir tak percaya aku bila anak aku cakap macam tu. Dia tak dapat rasakan keterujaan aku untuk melihat semula semua penyu-penyu tu beraksi. Tapi itu bukan salah dia.  Dia tidak dibesarkan dengan kartun sebegini. Dunianya masih lagi dengan The Adventure Time dan Spongebob.



Oklah,  aku faham.
Share: