Sunday, December 28, 2014

Beli Almari Guna Lazada

Kali ini LAZADA MALAYSIA buat jualan murah lagi. Barang yang terpilih sahaja ada potongan harga. Tetapi disebabkan harga potongan tu lebih 75%, aku rasa sangat wajar kalau aku ambil kesempatan ni.

Almari 'Multifunctional Wardrobe' dijual sangat murah iaitu RM55 sahaja, kalau ikutkan harga asal RM189. Sekarang ni harga almari ni telah naik kepada RM63. Memandangkan si isteri yang paling kerap layan LAZADA MALAYSIA ni, so dia cadangkan aku beli 2 sebab sangat berbaloi katanya. Lagipun tawaran ni berlangsung hanya sejam sahaja katanya.

Okeh, aku setuju. 



Ini bungkusan untuk 2 barang Multifunctional Wardrobe


Isi kandungan kotak tersebut

Buat tapak almari dahulu


Selepas siap tapak dan aras 1 baru pasangkan cover almari

Rangka almari siap dipasang

Multifunctional wardrobe yang siap dipasang

Akhirnya almari dapat siap dipasang selepas berhempas-pulas memikirkan cara nak pasang sebab manual pemasangan adalah dalam bahasa cina. Terbaiklah!
Share: