Thursday, December 11, 2014

Finale Pertengahan Musim ke-5 The Walking Dead

Siri tv kegemaran aku sudah tamat buat sementara waktu.

Sambungan cerita musim ke-5 'The Walking Dead' akan mula ditayangkan pada Februari 2015. Ada lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Yang herannya aku tak jumpa lagi ulasan siri  ini dalam bahasa melayu di mana-mana blog tempatan. 

Malah aku belum pernah jumpa mana-mana blog melayu yang buat ulasan pasal siri tv tempatan. Walaupun TV3 hari-hari tayang drama tv bersiri pada waktu maghrib, tapi tiada siapa pun nak buat ulasan. Melainkan ulasan tak rasmi yang biasanya ada di Facebook wall orang-orang perempuan kaki drama TV.

Okay, i get it, our local tv mini-series probably tak best pun.


Gambar ihsan AMCTV
Siri tv ini adalah berasaskan komik yang juga menggunakan tajuk yang sama iaitu 'The Walking Dead'. Memandangkan siri komik tu pun masih tak habis lagi ceritanya, maka siri tv ni pun nampaknya bakal berpanjangan.

Sementara menunggu sambungan cerita pada bulan Februari 2015 nanti, aku tak pasti samada aku patut terus layan satu lagi siri tv zombie iaitu 'Z Nation'. Tema cerita yang sama, cuma lain syarikat yang jadi penerbitnya. Sayangnya Astro tak ambil cerita ni dalam pakej diorang.


Negara kita pun apa kurangnya, kita ada sebenarnya cerita yang diadaptasi kepada siri tv, tapi semuanya cerita cinta yang serius membosankan.

It's fucking predictable. Semua jalan cerita drama melayu kat tv ini biasanya (wajib) berakhir dengan 'happy ending'. 

Berapa kerap korang jumpa jalan cerita drama tv melayu yang karakter-karakter utamanya tiba-tiba dimatikan wataknya? Ataupun siri tv melayu yang tak menggunakan elemen cinta sebagai asas penceritaan?

Takde kan?

Good, that's how miserable our people is.
Share: