Tuesday, January 27, 2015

IOS, Android dan Windows Phone

Nokia Lumia 525
Aku ada ketiga-tiga Operating System tersebut. Antara ketiga-tiga OS ini, aku rasa lebih mesra untuk guna Windows Phone. Bukan nak promote OS WP ni, tapi dalam jiwa aku macam meronta-ronta kalau aku tak bawak telefon ni dalam poket. Walaupun appsnya sedikit dan tak sama macam jumlah apps yang sangat-sangat banyak dalam Playstore, tetapi disebabkan aku memiliki Nokia Lumia 525 maka penggunaan smartphone secara asasnya sudah mencukupi. 








 Windows Phone
Windows Phone 8.1 UI
Saiz paparan Lumia 525 ni cuma 4 inci, kecil dan sangat mudah untuk digendong kesana-sini. Untuk penggunaan mesej dan panggilan suara aku rasa sudah memadai. Apps asas yang aku pakai seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram yang tak banyak 'memakan' bateri memang sangat sesuai untuk smartphone kecik macam ni. Untuk smartphone yang guna paparan skrin kecil, windows phone adalah jauh lebih praktikal sebab User Interface (UI) Metro adalah sangat awesome! Untuk skrin besar nampak janggal sikit. Kalau skrin size kecik maknanya penggunaan bateri adalah sangat minimum, so bolehlah tahan lebih lama berbanding guna skrin besar.





Android
Aku juga memiliki Lenovo k900 dengan paparan skrin 5.5 inci. Skrin yang besar macam ni aku rasa sangat sesuai untuk browsing di laman web. Tak sakit mata memandang, dan tak payah nak zoom in-out setiap kali bukak pages yang banyak sangat isi kandungannya. Walaupun saiz skrin besar, tapi masih boleh dibawa kemana-mana cuma terhad nak masuk poket depan seluar. Aku cuma ada 2 pilihan, simpan dalam poket belakang atau pegang sahaja. Browsing gambar memang terbaik!

IOS
IOS yang aku pakai adalah di Ipad Mini. Sangat impressive sebab banyak apps yang jauh lebih polished dan praktikal untuk kategori tablet. Games adalah lebih memuaskan kalau guna IOS ni. Tak payah nak debate siapa lebih hebat, sebabnya user yang akan selalu untung. Takde siapa akan rugi. 

Tapi setahu aku, developer apps yang win!
Share: