Wednesday, February 25, 2015

Monday, February 23, 2015

Komuniti Windows Phone di Malaysia

Pengguna smartphone yang berasakan 'windows phone' (WP) di Malaysia sangat sedikit jika dibandingkan dengan pengguna 'android' dan 'IOS'. Malah di Malaysia ni, aku rasa hanya Nokia sahaja yang mempunyai smartphone yang menggunakan software ini. Rata-rata pengguna android dan iphone memang bersepah-sepah. Kiri-kanan semuanya android dan IOS, dan oh ye smartphone Blackberry dah pupus. Telefon daripada jenama-jenama lain semuanya telah menggunakan OS android untuk taktik jualan mereka.


Share:

Thursday, February 12, 2015

Beli Online - Headset MP3 Player

Sony MP3 Player

Aku memang teringin nak mencuba MP3 macam ni. Tapi bila melihatkan harga untuk MP3 player keluaran Sony ni mahal sangat, maka kenalah cari pilihan lain yang lebih ekonomi. Bukan salah Sony lah, sebab mereka memang jual barang yang sangat berkualiti. Jaminan pun ada, walaupun shopping online. Yang jual dalam Lazada pun harganya dah dekat RM300.
Share:

Sunday, February 8, 2015

Aiskrim Pasu di StarHype Fiesta Vol 3, Shah Alam

Bukannya selalu aku pergi ke pasar karat di Stadium Malawati Shah Alam ni. Kebiasaannya pun bila teringin nak jalan-jalan sambil cuci-cuci mata tengok barang ajelah baru aku sekeluarga pergi ke sini. 

Tapi ahad lepas (8 Feb 2015) di tapak pasar karat tu ada ekspo Starhype Fiesta Vol 3. Ekspo jualan ni khas untuk local pengusaha yang nak mempromosikan produk masing-masing. Ala-ala 'Car Boot Sale' lah cuma lebih komersial sebab ada penganjur dan ada tapak gerai berbumbung yang disediakan. Kalau penjual tak nak guna tapak gerai tu diorang boleh buka payung sendiri. 

Kat sini bolehlah kalau kita nak tengok peniaga yg jual aiskrim pot, tudung, kuih-kuih. Walaupun benda-benda ni semua kita boleh dapatkan kat kedai-kedai di luar sana, sekurang-kurangnya kat sini kita boleh sokong peniaga tempatan yang baru mula berniaga. Yang kebanyakannya kita tengok iklan diorang ni lah yang paling menyemak dalam ruangan komen Facebook dan Instagram. Tapi sayangnya ekspo tu cuma 2 hari saja, so kalau nak tengok lagi kena tunggu Starhype Fiesta Vol 4 la.

Kami sempat juga la jumpa beberapa artis yang turut berniaga. Semalam aku jumpa adik-beradik Elfira Loy kat tapak gerai diorang. Serius aku bagitau la, banyak kali dah aku nampak diorang ni berniaga. Kat mana-mana ekspo yang macam ni memang diorang tak lepas peluang punya. Biasalah kan, mesti dah ramai kakak-kakak kau yang teringin nak bergambar dengan retis-retis ni kan.

Lastly, aku tak balik dengan tangan kosong sebab aku dah dapat ni. 

Milo campur Oreo campur aiskrim
Share: