Thursday, February 12, 2015

Beli Online - Headset MP3 Player

Sony MP3 Player

Aku memang teringin nak mencuba MP3 macam ni. Tapi bila melihatkan harga untuk MP3 player keluaran Sony ni mahal sangat, maka kenalah cari pilihan lain yang lebih ekonomi. Bukan salah Sony lah, sebab mereka memang jual barang yang sangat berkualiti. Jaminan pun ada, walaupun shopping online. Yang jual dalam Lazada pun harganya dah dekat RM300.

Kalau nak beli secara online kenalah cari pilihan yang terbaik sebab banyak laman web yang boleh jual dengan harga berlainan, tapi mungkin kena tengok jenama juga la. Kalau barang tu berjenama terkemuka harga barang pun memang dah agak mahal punya.

Kalau nak yang murah, contohnya macam ni:

Jenama pun tak tulis

Kalau aku rasa barang murah ni sesuai dengan penggunaan harian yang lasak, maka aku akan beli yang lebih berjenama sebagai kepuasan hakiki. Yes!
Share: