Monday, February 23, 2015

Komuniti Windows Phone di Malaysia

Pengguna smartphone yang berasakan 'windows phone' (WP) di Malaysia sangat sedikit jika dibandingkan dengan pengguna 'android' dan 'IOS'. Malah di Malaysia ni, aku rasa hanya Nokia sahaja yang mempunyai smartphone yang menggunakan software ini. Rata-rata pengguna android dan iphone memang bersepah-sepah. Kiri-kanan semuanya android dan IOS, dan oh ye smartphone Blackberry dah pupus. Telefon daripada jenama-jenama lain semuanya telah menggunakan OS android untuk taktik jualan mereka.


Aku merasakan terkilan sebab sangat susah untuk dapat berjumpa dengan mana-mana penggguna WP di Malaysia. Dalam setahun lepas rasanya aku cuma terserempak dengan beberapa orang sahaja yang guna WP. Ratio pengguna WP berbanding OS lain kat Malaysia nisangat rendah dan rasa macam WP ni tak cukup kuat daya tarikannya. Susah nak rujuk kat sesiapa kalau nak bertanya hal-hal WP. Malah kebanyakan masanya aku terpaksa rujuk artikel dan komuniti WP luar negara untuk bantuan.

Secara teknikalnya, android membenarkan lebih banyak pengubahsuaian (optimization) yang boleh dibuat oleh pengguna. WP dan IOS agak keras dan membenarkan pengubahsuaian keatas software mereka dan ekosistem aplikasi android yang sangat banyak membantu mempopularkan telefon mereka. Jujur aku rasakan, koleksi aplikasi untuk WP masih ketinggalan. 

So, aku rasa macam berminat untuk wujudkan komuniti WP bagi pengguna-pengguna di Malaysia. Mungkin di FB dan Twitter. Harap-harap dapat membantu pengguna WP yang lain di luar sana.
Share: