Monday, March 2, 2015

Endomondo Rehat Untuk Sebulan

Aku seorang yang suka bersukan, walaupun tak begitu cemerlang dalam semua jenis acara. Namun sejak bertukar tempat kerja ni peluang untuk bersukan dan aktiviti untuk mengeluarkan peluh ni nampaknya sangat terhad. Kadang-kadang tak sempat langsung. Sebabnya kat sini bilangan rakan-rakan aku yang aktif bersukan tak sampai pun 3 orang. Ramai lebih suka menggemukkan diri sahaja.

Maka aktiviti yang paling senang untuk aku buat adalah dengan berlari. Nak buat aktivit berlari ni sorang-sorang pun tak jadi masalah. Asalkan ada track dan cuaca cantik pun dah memadai. Nak berlari 10 minit, 30 minit ataupun sejam pun ikut suka hati masing-masing. 

Endomondo adalah aplikasi smartphone dan laman web percuma yang boleh menjadikan apa jua aktiviti seperti berlari, berbasikal, ataupunberjalan  sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Biasanya aku gunakan aplikasi Endomondo ini untuk menjejaki perkembangan aktiviti larian aku sehari-hari. 

Untuk pengguna android boleh download DISINI, bagi pengguna windows phone seperti aku boleh download DISINI. Telefon Lumia 525 yang aku miliki itu sangat sesuai untuk dibawa berlari sebab saiznya yang lebih kecil berbanding dengan smartphone android aku yang lain. 


Tapi selepas beberapa bulan aku dapati user di negara kita ni lebih ramai yang guna aplikasi Runkeeper berbanding Endomondo. Dalam ruangan 'friends' di laman web Runkeeper ada pilihan cadangan untuk tambah kawan yang rata-ratanya berdekatan dengan lokasi geografi aku. Berbanding dengan Endomondo yang hanya terhad kepada senarai friends dalam Facebook atau emel sahaja. Sebab itu Runkeeper ni jadi pilihan ramai.

Sayangnya aplikasi Runkeeper ni telah pun ditamatkan di market Windows Phone, tapi mujur masih ada aplikasi ke-3 yang 'linked' dengan Runkeeper iaitu Coledos Runner. Aku masih boleh check status aktiviti aku di laman web Runkeeper walaupun aku tak install app ni di smartphone aku.



Oleh itu, aku ambil keputusan untuk cuba aplikasi Runkeeper ni untuk sebulan dan aplikasi Endomondo ni aku rehatkan kejap. Kita tengok prestasi app ini. Oh ye, jangan lupa add aku di http://runkeeper.com/user/Mrfaizul
Share: