Monday, April 13, 2015

Nano Block - THOR


Dalam jiwa aku ini masih ada ruang kanak-kanak yang kekal selama-lamanya. Ruang untuk watak-watak Superhero. Bukan Mickey Mouse ataupun Donald Duck, tapi karakter superhero seperti Mighty Mouse, Watak-watak Marvel dan juga Kesatria Baja Hitam.

Semakin meningkat dewasa ini maka semakin kuranglah aku menunjukkan minat secara terbuka. Walhal, jiwa dalaman aku meronta-ronta dan melonjak-lonjak keterujaan bila dimomokkan dengan watak-watak superhero yang dulunya hanya boleh ditengok di televisyen.

Nano Block - Thor.

Kesabaran diperlukan
15 minit untuk aku siapkan Thor ini.

Aku pernah buat entri pasal Thor dulu. Dan tak lama lagi Avengers 2 akan keluar di pawagam. Aku tak bercadang untuk tengok awal-awal tapi maybe akan terpaksa tengok jugak sebab cik isteri dah bagi hint. Okeh bebeh.

Share: