Friday, April 3, 2015

Ulasan untuk Aplikasi Runkeeper

Tempoh sebulan untuk aku mencuba aplikasi Runkeeper ini telah selesai. Dalam entri yang lepas sudah aku terangkan apa itu aplikasi Runkeeper dan aku ada beberapa pandangan peribadi terhadap aplikasi ini.


  1. Aku tidak memberikan sepenuh ulasan terbaik terhadap aplikasi ini kerana aku tidak menggunakan Runkeeper secara direct, sebaliknya aku telah menggunakan aplikasi Caledos Runner yang mempunyai link kepada laman web Runkeeper. Sehingga ke saat artikel ini ditulis masih tiada aplikasi Runkeeper dalam market Windows Phone.
  2. Dibandingkan dengan laman web Endomondo, laman web Runkeeper mempunyai paparan yang lebih 'user friendly' dan lebih mudah difahami mungkin disebabkan penampilannya seolah-olah sebuah laman web sosial.
  3. Bagi pengguna telefon android, aku rasa Runkeeper lebih sesuai dan mesra pengguna daripada Endomondo. Tapi bagi pengguna windows phone, Endomondo adalah lebih praktikal daripada Caledos Runner.
Cadangan asal aku nak guna Runkeeper cuma sebulan, tapi memandangkan target 150KM masih belum tercapai maka aku lanjutkan tempoh sehingga 31 Mei. Harap-harap target tercapai.
Share: